Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Couple Outdoor Photo Session - Badran & Kamila





Posting ini bagi menggantikan posting untuk En Muhammad Badran bin Tan Sri Ghazali dan Puan Kamila bt Adam yang dibuat sebelum ini. Setelah beberapa perbincangan akhirnya pada 31/1/09, te"realisasi"lah sesi untuk Badran dan Isteri untuk sessi Outdoor "Free n Easy" mereka. Lokasi penggambaran bertempat di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia (UPM), tempat penuh kenangan buat pasangan ini semasa masing-masing menuntut di UPM dulu...
Terima kasih tak terhingga buat pasangan ini atas kepercayaan yang diberikan...







Akhir sekali, mari kita lihat apa komen rakan-rakan di flickr.com mengenai foto ini di http://www.flickr.com/photos/shazaphoto/3244379448/


Sekian

©Shaza Photography

Selamat Menyambut tahun Lembu Jantan

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!!

Khusus kepada semua pelanggan dan kenalan berbangsa Cina, di kesempatan ini, pihak ©Shaza Photography ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2009! Semoga tahun lembu jantan kali ini membawa harapan baru dan kegembiraan dalam hidup anda!
Kepada yang bukan berbangsa Cina, selamat bercuti di ucapkan. Berhati-hati semasa memandu!!
Special thanks for:
Hisham Ang
Wong CK
Lai CH
Yeng CS
Tan SH
Jocelyn (YuenSeng)

Album


Storyboard album, Storybook album, e-album, custom album dan apa juga nama yang diberi, sebenarnya bendanya adalah sama, semuanya adalah album gambar yang istimewa. Dan secara asasnya ianya adalah serupa, tapi ada jugak sedikit kelainan jika dilihat pada nama masing-masing.

Storyboard album, storybook album
Istilah ini mungkin terhasil akibat sebutan yang seakaan-akan sama. Basically, album ini berasaskan storybook/storyboard yang melibatkan penceritaan bergambar dalam album.. Ia tak memerlukan banyak teks, tetapi gaya penyusunan gambar mengikut turutan peristiwa dari masa ia bermula sehingga tamat menyebabkan "pembelek" album dapat merasai seperti mereka berada di majlis dari mula hingga ke akhirnya..

E-album
Biasanya bila terdapat sesuatu benda yang bermula dengan simbol "E", pastinya ianya melibatkan komputer. E-album memang berasaskan komputer dimana ia disunting dan disusun sepenuhnya dengan teknologi komputer. Berbeza dengan zaman dahulu dimana gambar-gambar mahupun teks disusun secara "pruf" oleh penyusun secara manual sebelum dicetak...



Custom album
perkataan custom ataupun customize membawa maksud album ini disusun sepenuhnya oleh manusia (menggunakan perantaraan komputer). Susunan gambar bukan ditentukan oleh komputer secara automatik, tetapi ia diletakkan mengikut kesesuaian dan naluri penyusun itu sendiri.



Walau apapun istilah yang digunakan, ©Shaza Photography lebih berminat menggunakan istilah storyboard/storybook album. Setiap gambar yang dipotretkan, tak lain hanyalah untuk membolehkan pelanggan mengimbau kembali detik-detik indah. Tak sempurna kenangan itu kalau saat-saat yang penting tidak mengikut turutan. Bukan setakat pelanggan kami, malah anak, cucu, cicit dan seterusnya juga di harap dapat merasai dan menghayati detik-detik penting yang dipotretkan tersebut. Semoga saat manis itu akan berkekalan dan tak luput begitu saja.






Sekian...

Photography Tips to share - Part 2

Komposisi dalam Fotografi
(Credit for my Sifu1- Napie and Sifu2 - Polini for sharing the tips.. link to http://dphoto.fotopages.com/ and http://www.polinifotografik.com/)

Pattern
Pattern yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lainnya yang dapat menjadi perhatian utama. Keberadaan pengulangan itu menimbulkan kesan harmoni dalam gambar. Tapi jika terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan. Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati. Pattern biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut viewfinder kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.

Dengan mempelajari prinsip-prinsip komposisi asas tersebut, berikut ini adalah beberapa teknik yang dapat di gunakan :

Rule of thirds
Bayangkan ada garis-garis panduan yang membentuk sembilan buah empat persegi panjang yang sama besar pada sebuah gambar. Elemen-elemen gambar yang muncul di sudut-sudut persegi panjang pusat akan mendapat daya tarik maksimum.
Format
Proporsi melintang atau menegak empat persegi panjang pada viewinder memungkinkan kita untuk melakukan rakaman dalam format landscape/horizontal atau vertikal/portrait. Perbezaan pengambilan format dapat menimbulkan efek berbeza pada komposisi akhir. Lihatlah pada viewfinder secara horizontal maupun vertikal dan tentukan keputusan kreatif untuk hasil terbaik.

Keep it simple
Dalam beberapa keadaan, pilihan terbaik adalah keep it simple. Sangat rumit bagi orang yang melihat sebuah foto apabila terlalu banyak titik yang menarik perhatian. Umumnya makin banyak subjek sebuah gambar, makin kurang menarik gambar itu. Cuba memfokus hanya pada satu titik perhatian dan maksimakan daya tarikannya.

Skala gambar
Sebuah gambar yang nampak biasa namun menjadi menarik kerana ada sebuah titik kecil yang menarik perhatian. Dengan rakaman landscape atau monument, kembangkan daya tarikan perakam dengan menambahkan objek yang diketahui besarnya sebagai titik perhatian untuk memberikan kesan perbandingan skala.

Horizontal
Mengubah keseimbangan langit dan tanah dapat mengubah pemandangan gambar secara radikal. Bila gambar hampir dipenuhi oleh langit akan memberikan kesan polos terbuka dan lebar tapi bila langit hanya ditinggalkan sedikit di bahagian atas gambar, akan timbul kesan penuh.

Leading Lines
Garis yang membawa mata orang yang melihat foto ke dalam gambar atau melintasi gambar. Umumnya garis-garis ini berbentuk : Garis-garis yang terlihat secara fizik contohnya garisan jalan atau tidak terlihat secara langsung misalnya bayangan, refleksi.

Be different
Barangkali ada sudut lain yang dapat diambil selain sudut dari depan dan merakam paralel ke tanah. Bergerak mendekat dari yang diduga seringkali menghasilkan efek yang menarik.

Warna
Membuat bahagian dari gambar menonjol dari background. Cara utama untuk mendapatkannya adalah memperoleh subjek yang warna atau tone nya berbeza secara radikal dengan background.
Framing
Bila subjek secara khusus mempunyai bentuk yang kuat, penuhkan frame dengan subjek. Samada dengan cara menggunakan lensa dan fokus lebih panjang atau bergerak mendekati subjek.

Shooting position
Ketika kita merasa bosan dengan komposisi yang sama, cubalah mengubah sudut pandangan sepenuhnya. Misalnya posisi duduk ke posisi berdiri atau pengambilan sudut dari atas atau bawah dari subjek.

Bilangan subjek
Merakam dengan banyak subjek yang relatif seragam kurang menarik dari pandangan komposisi. Temukanlah salah satu subjek yang ‘berbeza’ diantara kebanyakan subjek tersebut. Berbeza diertikan sebagai berbeza gerakan, bentuk dan warna.

Sekian...

Photography Tips to share - Part 1

Komposisi dalam fotografi
(Credit for my Sifu1- Napie and Sifu2 - Polini for sharing the tips.. link to http://dphoto.fotopages.com/ and http://www.polinifotografik.com/)

Komposisi diertikan sebagai cara menata elemen-elemen dalam gambar, elemen-elemen ini merangkumi garis, shape, form, warna, terang dan gelap.Yang paling utama dari aspek komposisi adalah menghasilkan visual impact- sebuah kemampuan untuk menyampaikan perasaan yang anda inginkan untuk berkarya dalam foto anda. Dengan demikian anda perlu mengatur sedemikian rupa agar tujuan anda tercapai, adakah itu untuk menyampaikan kesan statik dan diam atau sesuatu yang mengejutkan atau berbeza. Dalam komposisi klasik selalu ada satu titik perhatian yang pertama menarik perhatian. Hal ini terjadi kerana penyusunan posisi, subordinasi, kontras cahaya atau kehebatan subjek dibandingkan dengan persekitarannya atau pengaturan sedemikian rupa yang membentuk arah yang membawa perhatian pengamat pada satu titik.
Secara keseluruhan, komposisi klasik yang baik memiliki keseimbangan yang baik. Ada keseimbangan antara gelap dan terang, antara bentuk padat dan ruang terbuka atau warna-warna cerah dengan warna-warna gelap. Pada kesempatan-kesempatan tertentu, bila diperlukan mungkin anda akan memerlukan komposisi anda seluruhnya secara simetri. Seringkali gambar yang anda buat lebih dinamik dan secara visual lebih menarik bila anda menempatkan subjek ditengah. Anda harus menghindari sebuah garis pembahagi biarpun itu vertikal.
Untuk menghindari sebuah gambar yang dinamik diperlukan juga kehadiran irama. Irama ini terjadi kerana adanya pengulangan berkali-kali sebuah objek yang berukuran kecil. Kehadiran irama dalam gambar mengesahkan adanya suatu gerakan.


Garis
Fotografer yang baik kerap menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pemerhati pada subjek utama. Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar. Ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar menjadi menarik perhatian. Tidak penting samada garis itu lurus, melingkar atau melengkung, membawa mata keluar dari gambar. Yang penting garis-garis itu menjadi dinamik.

Shape
Salah satu formula paling sederhana yang dapat membuat sebuah foto menarik perhatian adalah dengan memberi keutamaan pada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya. Kita menganggap shape sebagai outline yang tercipta kerana sebuah shape terbentuk pada inti, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak. Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu banyak. Kontras ini terjadi akibat daripada perbezaan gelap terang atau perbezaan warna. Sebuah shape sudah tentu tidak berdiri sendiri. Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang mempunyai dua atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar.

Form
Ketika shape sendiri dapat mengindentifikasikan objek, form diperlukan untuk memberi kesan padat dan tiga dimensi. Hal ini merupakan faktor penting untuk mencipta kesan kedalaman dan realiti. Kualiti ini tercipta dari bentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek. Faktor penting yang menentukan bagaimana form terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek tersebut.

Tekstur
Sebuah foto dengan gambar tekstur yang menonjol adalah merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika memadai, tekstur akan memberikan realisasi pada foto, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subjek anda. Tekstur dapat dilihat jelas pada dua sisi yang berbeza. Ada tekstur yang dapat dijumpai bila kita mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya semasa ingin merakam tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula masa dimana kita harus mengulangi kerana subjek yang kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dari arah tertentu. Merakam tekstur dianggap berhasil bila perakam dapat menghubungkan sedemikian rupa sehingga pemerhati foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut bila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur paling baik ditampilkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar dari batas foto.


[Bersambung di keluaran akan datang.............]


Sekian

Child/ Baby Photography

Child and Baby photography

(credit to Sifu Polini for sharing the tips, link to http://www.polinifotografik.com)

Kebanyakan ibubapa merasakan bahawa anak-anak ataupun bayi mereka adalah subjek yang paling sukar untuk di rakam. Tanggapan ini berdasarkan pengalaman sesetengah ibubapa semasa cubaan merakamkan foto anak/ bayi masing-masing. Tepatkah tanggapan ini? Bagi sesetengah jurugambar, merakam foto bukanlah sesuatu yang oleh dianggap hebat, tetapi kehebatan sebenar adalah keupayaan mereka untuk 'mencipta' foto.

Memang diakui bahawa memang susah untuk merakam gambar anak-anak/ bayi. Ini kerana mereka bukanlah seperti orang dewasa yang tahu "control hensem" semasa sesi fotografi. Namun itulah sebenarnya "keindahan" semulajadi model-model cilik ini. Foto anak-anak/ bayi sebenarnya akan nampak lebih menarik andainya ibubapa atau jurugambar dapat mengesan aksi-aksi bersahaja yang bukan dirancang. Kita lihat contoh-contoh di bawah.

Mujahid (7 bulan) dan Sofia (2 tahun) merupakan kanak-kanak/ bayi yang sedang meningkat. Tentunya mereka ini terdiri dari jenis yang tak tahu duduk diam... Selepas 7 frame (Sofia) dan 8 frame (Mujahid) foto mereka, barulah dapat merakam gambar "control" mereka (kalau kamera bukan digital, dah tentulah agak susah, almaklumlah, 1 roll film cuma ada 36 keping.. ). Walaubagaimanapun, dengan sedikit penyusunan, kelihatan aksi-aksi sampingan mereka lebih menarik dari foto utama... Apabila dicantumkan kesemuanya, jadilah satu rentetan aksi yang menceritakan betapa aktif dan comelnya mereka. Mudah kan?

Bayi berusia 2bulan seperti Najwa (gambar atas) sebenarnya lebih susah untuk dirakam. Bayi seusia ini jarang menunjukkan aksi ataupun mimik muka yang "photogenic". Ini kerana, dalam usia sebegini, pergerakan mereka agak terbatas. Tambah pula 70% dari masa mereka dipenuhi dengan tidur yang lena. Foto semasa tidur akan menjadi menarik tapi malangnya tidak pelbagai. So, ibubapa atau jurugambar terpaksa bersabar seketika untuk merakam wajah comel mereka ketika sedar. Waktu yang terbaik untuk merakamkan detik ini biasanya datang selepas mereka dimandikan ataupun sebaik selesai menyusu...

Tiada suntingan atau sentuhan semula dengan photoshop mahupun MS picture manager diperlukan, tapi kreativiti mengatasi segala-galanya..

Fotgrafi adalah seni, dan seni itu datangnya dari hati....

Selamat Mencuba!!

Gunung - ganang

Sepanjang perjalanan balik kampung ke Grik dan Alor Setar, pemandangan yang terhidang pada penglihatan kami tak lain adalah gunung-ganang yang berselerak, terutamanya sebaik memasuki sempadan Perak dan Kedah. Berikut adalah antara gunung ganang yang menghiasi perjalanan balik kampung kami.... Jom kita tengok

1. Gunung Ledang


Terletak dalam negeri Johor, gunung ini agak jelas kelihatan bila saja kami keluar dari rumah menghala kearah Jasin untuk memasuki hiway melalui Bemban. Gunung ini memang terkenal dengan kisah Puteri Gunung Ledangnya, tapi tak payahla kami ceritakan agaknya... Rasanya ramai dah kenal dengan keindahan gunung ni...

2. Banjaran Titiwangsa


Sebaik sahaja melintasi sempadan Selangor-Perak, perjalanan akan diringi hampir sepenuhnya oleh gugusan gunung-gunung di banjaran titiwangsa. Foto yang kami ambil ini xpasti nama gunungnya, tapi antara yang agak indah dan menarik. Kelihatan betul-betul jelas dari tepi jalan didalam kawasan Sungkai.

3. Gunung Besout.



Dalam daerah Sungkai, terdapat beberapa kawasan FELDA, antaranya gugusan Felda Trolak, Felda G. Besout dan Felda Sg Klah. Di sini terletaknya Gunung Besout. Ianya tak dapat dilihat dari jalan utama, hanya boleh kelihatan bila memasuki jalan menghala ke Felda Trolak.

4. Gunung Kendrong



Dari bandar Gerik, jelas kelihatan dua gunung yang menonjol. Itulah Gunung Kendrong. Mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,011 kaki), Gunung Kenderong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

5. Gunung Inas

Perjalanan memasuki sempadan Kedah melalui jalan baru membawa kami kekawasan RnR Gunung Inas. Ianya terletak bersebelahan dengan Puncak Gunug Inas. Gunung Inas merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzwan, Malaysia. Gunung Inas mempunyai ketinggian setinggi 1,801 meter. Gunung Inas mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.

6. Gunung Baling


Dari kawan RnR Gunung Inas juga, kelihatan dari jauh ialah Gunung Baling. Ia terletak di tengah-tengah pekan Baling, Kedah Darul Aman. Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Di sebelah belakang gunung itu terdapat beberapa buah kampung. Antara kampung-kampung itu adalah Kampung Padang Cik Mas, Kampung Sekolah, Kampung Seberang, Kampung Charok Bakong dan Kampung Becah Tok Bulan.
7. Gunung Jerai

Kami mengambil jalan lama dari Sungai Petani menghala ke Gurun seterusnya ke Alor Setar. Jalan ini akan membawa kami belalui betul-betul kawasan kaki Gunung Jerai. Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
8. Gunung Keriang

Di belakang rumah kami di Alor Setar, jelas kelihatan Gunung Keriang di tengah-tengah sawah yang terbentang. Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan bertaraf lebih tinggi.
Sekian...

Cinta Medik - Azizah dan Hairil

Pasangan Dr. Azizah dan Hairil ini mula bertentang mata di Hospital Tg Karang, Selangor. Setelah cinta mula berputik, mereka telah bersatu mengikat janji pada 16 Ogos 2008 yang lalu. Bertempat di Kg Jln Kebun, Klang, majlis ini telah berlansung sebegitu meriah sekali..
Tahniah dan semoga cepat dikurniakan anak-anak yang comel sebagai penyeri hidup..

video

Mama in waiting

Rahmah Mohamad - Mama in waiting

Balik kampung sempena cuti awal muharram dan tahun baru minggu lalu diisi dengan tugasan istimewa kali pertama buat kami. Atas hajat Puan Rahmah Mohamad, kami melaksanakan amanah untuk memotretkan kenangan terindah beliau semasa minggu ke-11 membawa kandungan. Lokasi penggambaran dilakukan di Lata Lawin, Grik, Perak.

Dengan berpakaian blaus berwarna merah, warna yang menyerlah untuk sesi outdoor. Dan berlatarbelakangkan warna hijau semulajadi di kawasan air terjun, Rahmah cukup aktif dan segar menggayakan semua posing yang terlintas di kepala kami. Dalam banyak-banyak foto yang dirakam, foto dibawah adalah paling istimewa buat kami ...

Disaat ini kerjasama antara jurugambar dan subjek teruji apabila Rahmah terpaksa mengeraskan badan selama beberapa saat untuk kami menghidupkan efek air sungai yang mengalir deras di celahan batu. Kami cuba sedaya mungkin untuk melaksanakan suasana ini secepat yang mungkin kerana air bah sudah mula kelihatan mahu melanda tempat ini... beberapa minit selepas suasana ini dipotretkan, tepat seperti yang dijangka, airr yang mulanya jernih sudah bertukar keruh kerana bah dari hulu sungai.. Alhamdulillah kami sempat merakam scene yang dirancang tepat pada masanya...

Apapun, terima kasih kepada Rahmah atas kepercayaan dan kerjasama yang diberi bagi menyelesaikan tugasan kali ini. Semoga dikurniakan anak yang comel dan soleh/solehah pada 13 June 2009 nanti...

Sekian


video

Masjid - Yang lama, yang baru dan yang ditinggal

Cuti seminggu dihabiskan dengan aktiviti bali kampung di Alor Setar. Dalam masa cuti, kami sempat berkelana untuk mengambil gambar beberapa masjid di Alor Setar. Tapi 3 yang terpilih untuk dipaparkan disini adalah yang mempunyai cerita yang tersendiri...

Masjid lama - Masjid Zahir



OK, masjid yang pertama sudah tentulah Masjid Zahir yang menjadi mercu tanda bandar Alor Setar. Masjid ini dibina pada tahun 1912 Masihi semasa YTM Tunku Mahmud ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan memangku jawatan Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Almukarrram Shah. Masjid ini dibuka secara rasmi oleh DYMM Sultan pada tahun 1915. Senibina masjid ini menyerupai masjid-masjid di Langkat, Sumatera Utara.

Masjid Baru - Masjid AlBukhary



Sebut nama di atas pasti semua orang kenal… jutawan dari negeri Kedah yg banyak menyumbang kepada kebajikan di negara kita ni.
Masjid ini terletak didalam kawasan yang terdiri daripada bangunan yayasan Albukhary, pasar besar (souq) yang menempatkan Giant Alor Setar, rumah anak2 yatim, pusat pengajian dan sebagainya di satu kawasan seluas kira-kira 75 ekar. Masjid ini dibuna atas pembiayaan peribadi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tanpa menggunakan sesen pun sumbangan kerajaan..

Masjid Tinggal - Masjid Tanpa nama


Terakhir sekali, bertempat disebelah kawasan Pemakaman Diraja Langgar, terdapat sebuah masjid (ataupun lebih tepat lagi surau) yang kelihatan agak usang. Setelah memasuki kawasan ini, barulah kami tau ini adalah masjid lama kampung Langgar. Masjid ini tidak digunakan lagi setelah masjid Tunku Kalthum yang terletak tidak jauh dari situ siap dibina. Walaubagaimanapun, rekabentuk dan senibina masjid ini amat menarik. Ukiran-ukiran asli masih terdapat didinding masjid ini. Sekarang ianya hanya digunakan sebagai surau sahaja oleh penduduk berdekatan...

Sekian

Flickr