Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Child/ Baby Photography

Child and Baby photography

(credit to Sifu Polini for sharing the tips, link to http://www.polinifotografik.com)

Kebanyakan ibubapa merasakan bahawa anak-anak ataupun bayi mereka adalah subjek yang paling sukar untuk di rakam. Tanggapan ini berdasarkan pengalaman sesetengah ibubapa semasa cubaan merakamkan foto anak/ bayi masing-masing. Tepatkah tanggapan ini? Bagi sesetengah jurugambar, merakam foto bukanlah sesuatu yang oleh dianggap hebat, tetapi kehebatan sebenar adalah keupayaan mereka untuk 'mencipta' foto.

Memang diakui bahawa memang susah untuk merakam gambar anak-anak/ bayi. Ini kerana mereka bukanlah seperti orang dewasa yang tahu "control hensem" semasa sesi fotografi. Namun itulah sebenarnya "keindahan" semulajadi model-model cilik ini. Foto anak-anak/ bayi sebenarnya akan nampak lebih menarik andainya ibubapa atau jurugambar dapat mengesan aksi-aksi bersahaja yang bukan dirancang. Kita lihat contoh-contoh di bawah.

Mujahid (7 bulan) dan Sofia (2 tahun) merupakan kanak-kanak/ bayi yang sedang meningkat. Tentunya mereka ini terdiri dari jenis yang tak tahu duduk diam... Selepas 7 frame (Sofia) dan 8 frame (Mujahid) foto mereka, barulah dapat merakam gambar "control" mereka (kalau kamera bukan digital, dah tentulah agak susah, almaklumlah, 1 roll film cuma ada 36 keping.. ). Walaubagaimanapun, dengan sedikit penyusunan, kelihatan aksi-aksi sampingan mereka lebih menarik dari foto utama... Apabila dicantumkan kesemuanya, jadilah satu rentetan aksi yang menceritakan betapa aktif dan comelnya mereka. Mudah kan?

Bayi berusia 2bulan seperti Najwa (gambar atas) sebenarnya lebih susah untuk dirakam. Bayi seusia ini jarang menunjukkan aksi ataupun mimik muka yang "photogenic". Ini kerana, dalam usia sebegini, pergerakan mereka agak terbatas. Tambah pula 70% dari masa mereka dipenuhi dengan tidur yang lena. Foto semasa tidur akan menjadi menarik tapi malangnya tidak pelbagai. So, ibubapa atau jurugambar terpaksa bersabar seketika untuk merakam wajah comel mereka ketika sedar. Waktu yang terbaik untuk merakamkan detik ini biasanya datang selepas mereka dimandikan ataupun sebaik selesai menyusu...

Tiada suntingan atau sentuhan semula dengan photoshop mahupun MS picture manager diperlukan, tapi kreativiti mengatasi segala-galanya..

Fotgrafi adalah seni, dan seni itu datangnya dari hati....

Selamat Mencuba!!

1 comments:

comelnye mujahid, comey ya amat!

aku pi sana eh.. hehe

 

Flickr