Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Album


Storyboard album, Storybook album, e-album, custom album dan apa juga nama yang diberi, sebenarnya bendanya adalah sama, semuanya adalah album gambar yang istimewa. Dan secara asasnya ianya adalah serupa, tapi ada jugak sedikit kelainan jika dilihat pada nama masing-masing.

Storyboard album, storybook album
Istilah ini mungkin terhasil akibat sebutan yang seakaan-akan sama. Basically, album ini berasaskan storybook/storyboard yang melibatkan penceritaan bergambar dalam album.. Ia tak memerlukan banyak teks, tetapi gaya penyusunan gambar mengikut turutan peristiwa dari masa ia bermula sehingga tamat menyebabkan "pembelek" album dapat merasai seperti mereka berada di majlis dari mula hingga ke akhirnya..

E-album
Biasanya bila terdapat sesuatu benda yang bermula dengan simbol "E", pastinya ianya melibatkan komputer. E-album memang berasaskan komputer dimana ia disunting dan disusun sepenuhnya dengan teknologi komputer. Berbeza dengan zaman dahulu dimana gambar-gambar mahupun teks disusun secara "pruf" oleh penyusun secara manual sebelum dicetak...



Custom album
perkataan custom ataupun customize membawa maksud album ini disusun sepenuhnya oleh manusia (menggunakan perantaraan komputer). Susunan gambar bukan ditentukan oleh komputer secara automatik, tetapi ia diletakkan mengikut kesesuaian dan naluri penyusun itu sendiri.



Walau apapun istilah yang digunakan, ©Shaza Photography lebih berminat menggunakan istilah storyboard/storybook album. Setiap gambar yang dipotretkan, tak lain hanyalah untuk membolehkan pelanggan mengimbau kembali detik-detik indah. Tak sempurna kenangan itu kalau saat-saat yang penting tidak mengikut turutan. Bukan setakat pelanggan kami, malah anak, cucu, cicit dan seterusnya juga di harap dapat merasai dan menghayati detik-detik penting yang dipotretkan tersebut. Semoga saat manis itu akan berkekalan dan tak luput begitu saja.






Sekian...

2 comments:

eee... bestnye tengok.
kat mana ko buat buku ni, ke buat sendiri? aku nampak terselit gambo jijah. hehe, tak sabor nak jumpa ko. nak tengok album tu.

gempak seh! gambor2 dah la cantik2.

 

Wei, minggu ni ada photoshoot kat Melaka, nak join tak? Leh le ko asah bakat

 

Flickr