Masjid lama - Masjid Zahir
OK, masjid yang pertama sudah tentulah Masjid Zahir yang menjadi mercu tanda bandar Alor Setar. Masjid ini dibina pada tahun 1912 Masihi semasa YTM Tunku Mahmud ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan memangku jawatan Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Almukarrram Shah. Masjid ini dibuka secara rasmi oleh DYMM Sultan pada tahun 1915. Senibina masjid ini menyerupai masjid-masjid di Langkat, Sumatera Utara.
Masjid Baru - Masjid AlBukhary
Sebut nama di atas pasti semua orang kenal… jutawan dari negeri Kedah yg banyak menyumbang kepada kebajikan di negara kita ni.
Masjid ini terletak didalam kawasan yang terdiri daripada bangunan yayasan Albukhary, pasar besar (souq) yang menempatkan Giant Alor Setar, rumah anak2 yatim, pusat pengajian dan sebagainya di satu kawasan seluas kira-kira 75 ekar. Masjid ini dibuna atas pembiayaan peribadi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tanpa menggunakan sesen pun sumbangan kerajaan..
Masjid Tinggal - Masjid Tanpa nama
Terakhir sekali, bertempat disebelah kawasan Pemakaman Diraja Langgar, terdapat sebuah masjid (ataupun lebih tepat lagi surau) yang kelihatan agak usang. Setelah memasuki kawasan ini, barulah kami tau ini adalah masjid lama kampung Langgar. Masjid ini tidak digunakan lagi setelah masjid Tunku Kalthum yang terletak tidak jauh dari situ siap dibina. Walaubagaimanapun, rekabentuk dan senibina masjid ini amat menarik. Ukiran-ukiran asli masih terdapat didinding masjid ini. Sekarang ianya hanya digunakan sebagai surau sahaja oleh penduduk berdekatan...
Sekian
3 comments:
Although we have differences in culture, but do not want is that this view is the same and I like that!
boleh ko hai kan nama penuh dia, terra tu! tapi apa dia cakap? tak paham
It seems my language skills need to be strengthened, because I totally can not read your information, but I think this is a good BLOG
landing net
Post a Comment