1. Gunung Ledang
Terletak dalam negeri Johor, gunung ini agak jelas kelihatan bila saja kami keluar dari rumah menghala kearah Jasin untuk memasuki hiway melalui Bemban. Gunung ini memang terkenal dengan kisah Puteri Gunung Ledangnya, tapi tak payahla kami ceritakan agaknya... Rasanya ramai dah kenal dengan keindahan gunung ni...
2. Banjaran Titiwangsa
Sebaik sahaja melintasi sempadan Selangor-Perak, perjalanan akan diringi hampir sepenuhnya oleh gugusan gunung-gunung di banjaran titiwangsa. Foto yang kami ambil ini xpasti nama gunungnya, tapi antara yang agak indah dan menarik. Kelihatan betul-betul jelas dari tepi jalan didalam kawasan Sungkai.
3. Gunung Besout.
Dalam daerah Sungkai, terdapat beberapa kawasan FELDA, antaranya gugusan Felda Trolak, Felda G. Besout dan Felda Sg Klah. Di sini terletaknya Gunung Besout. Ianya tak dapat dilihat dari jalan utama, hanya boleh kelihatan bila memasuki jalan menghala ke Felda Trolak.
4. Gunung Kendrong
Dari bandar Gerik, jelas kelihatan dua gunung yang menonjol. Itulah Gunung Kendrong. Mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,011 kaki), Gunung Kenderong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
5. Gunung Inas
Perjalanan memasuki sempadan Kedah melalui jalan baru membawa kami kekawasan RnR Gunung Inas. Ianya terletak bersebelahan dengan Puncak Gunug Inas. Gunung Inas merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzwan, Malaysia. Gunung Inas mempunyai ketinggian setinggi 1,801 meter. Gunung Inas mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.
6. Gunung Baling
Dari kawan RnR Gunung Inas juga, kelihatan dari jauh ialah Gunung Baling. Ia terletak di tengah-tengah pekan Baling, Kedah Darul Aman. Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Di sebelah belakang gunung itu terdapat beberapa buah kampung. Antara kampung-kampung itu adalah Kampung Padang Cik Mas, Kampung Sekolah, Kampung Seberang, Kampung Charok Bakong dan Kampung Becah Tok Bulan.
7. Gunung Jerai
Kami mengambil jalan lama dari Sungai Petani menghala ke Gurun seterusnya ke Alor Setar. Jalan ini akan membawa kami belalui betul-betul kawasan kaki Gunung Jerai. Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
8. Gunung Keriang
Di belakang rumah kami di Alor Setar, jelas kelihatan Gunung Keriang di tengah-tengah sawah yang terbentang. Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan bertaraf lebih tinggi.
Sekian...
0 comments:
Post a Comment