Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

WWF - Earth Hour 2009 @ Infineon Malaysia

Satu program telah dirancang oleh World Wide Fund for Nature (WWF) bersempena dengan sambutan Earth Hour 2009 yang akan disambut di serata dunia pada 28/3/09 jam 8.30pm hingga 9.30pm. Pihak Infineon Technologies (M) Sdn Bhd tidak terkecuali untuk bersama-sama masyarakat dunia demi menyumbang ke arah kesejahteraan sejagat.

Pihak ©Shaza Photography amat berbesar hati dan berbangga kerana telah mendapat kepercayaan pihak Infineon untuk mempotretkan pemandangan keseluruhan Infineon Malaysia sebelum dan sesudah program tersebut berlangsung.

Satu cabaran baru buat ©Shaza Photography apabila di minta untuk memotretkan pemandangan untuk sebuah program korporat. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Selamat menyambut WWF-Earth Hour 2009 diucapkan.


Foto : Shahrizal
Suntingan : Zalina
Sekian.....


2 comments:

loo ina, ni blog hg rupenye. baru ari ni aku perasan,,huhuhuh..
dh jadik photographer rupenye hg ye,,heheh..moga2 suksess slalu..

 

thanks weh...aku sambil2 cr keja jgk ni..skrg ni aku jd cikgu ganti ajaq maths..hehehe...kebetulan lak dpt sek men yok bin yg ramai bdk cina...

 

Flickr