Bukan satu tugas mudah untuk menghasilkan sebuah storyboard dengan layout yang menyegarkan mata. Tambahan dengan berbagai-bagai saiz yang menjadi pilihan pelanggan, cabarannya cukup berat dan memerlukan ketelitian untuk memastikan hasil karya yang menarik dan menggiurkan. Sebab itulah masa yang agak lama diperlukan dalam berkarya. Dan sebab itu jugalah, harga yang tinggi selalu diletakkan oleh Photog pro mahupun amateur. Namun bagi kami di ©ShazaPhotography, kepuasan pelanggan adalah lebih utama.
Ada rakan-rakan bertanya, sebab apa kami memilih bidang ini? Adakah kerjaya asal sebagai Jurutera Kanan Profesional disyarikat multinasional dan Freelance Web-Designer untuk beberapa badan korporat di Melaka tidak mencukupi? Jawapannya mudah, "kepuasan"... Kepuasan buat kami dalam berkarya dan yang paling penting kepuasan buat pelanggan-pelanggan tatkala melihat majlis mereka dipotretkan dalam karya. Wang ringgit dan kerjaya hebat masih tidak cukup memberi kepuasan buat insan-insan berotak kiri+kanan seperti kami, dan wang ringgit/ keuntungan juga tidak bermakna jika kami gagal memuaskan hati pelanggan-pelanggan kami.
1."Jangan letakkan had untuk berkarya" kata rakan blogger kami, Sutradara Mamat Khalid yang pernah memberi nasihat.
2. "Time was when a man could order a pair of shoes directly from the cobbler. By measuring the foot himself and personally handling all aspects of manufacturing, the cobbler could assure the customer would be satisfied," kata Dr. Yori Akao, pengasas QFD Institute(Quality Function Deployment)yang meletakkan "Voice Of Customer" sebagai asas kejayaan sesuatu produk. Asas yang sama juga digunapakai dan dijadikan budaya kerja Toyota Motor Corps Japan sehingga sekarang.
Berbalik kepada fotografi, banyak lagi ilmu fotografi yang perlu kami pelajari dan pertingkatkan dari masa ke semasa. Ilmu kalau dicari dan kalau dikongsi takkan pernah cukup dan takkan pernah habis. Buat semua pelanggan dan bakal pelanggan ketahuilah, Malaysia masih kekurangan Wedding Photographer... Cubalah, anda akan tahu kepuasan dalam keperitannya...
Maaf kerana "berucap" panjang lebar sebab dah lama tak berceloteh dalam blog. Terima kasih sebab sabar membaca setakat ini..
Di bawah ini adalah beberapa sampel layout yang telah sempat siap setakat ini untuk mencuci mata para pengunjung blog ini. Jamulah mata anda dan jangan segan silu memberi komen atau memberi kutukan membina!!!!
1. Rafis dan Siti
Olahan : Zalina

2. Baeyah dan Shazali
Olahan : Shahrizal
3. Ridzuan dan Rohanis
Olahan : Zalina
4. Shahrul dan Rohayu
Olahan : Shahrizal
5.Zam dan Narzarizah
Olahan : Shahrizal
Dikesempatan yang sama, kami ingin memperkenalkan 'protege' ©ShazaPhotography yang baru menceburkan diri dalam bidang ini iaitu Wiefanz yang berada di Klang. Dengan ini juga, kepada bakal-bakal pelanggan di kawasan Lembah Klang yang berminat dengan hasil kerjatangan beliau, bolehlah berurusan terus dengan Wiefanz di talian 019-2604212. Dibawah adalah sampel sentuhan kreatif Wiefanz.
Ina dan Riza
Olahan : Wiefanz
Kredit untuk Wiefanz dan selamat berjuang diucapkan!!
Thanks semua! Jumpa lagi dalam projek-projek yang akan datang!
Adiosss
2 comments:
wahh... banyak gila job hang... sempoi... editing pon sempoi!
Bulan 4,5 dan awal bulan 6 yang lalu memang tempoh yang bz.. Bulan 7 sket2 aje, dan ke'bz'an akan berulang kembali bulan 11 dan 12 nanti.. Adehhh...
Post a Comment