Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Potretkan Mimpi Yang Terindah : [Update] Taufik dan Ila

Seringkali dalam sesebuah majlis perkahwinan, tugas jurugambar bukan terbatas dengan kamera mereka sahaja. Biasanya jurugambar juga menjadi rujukan oleh pengantin mahupun anggota keluarga dalam menentukan "what's next..". Memang selalunya tugas ini dilakukan oleh mak andam, tetapi harus diingat ia biasanya setakat di pelamin sahaja... Malahan dalam sesetengah majlis, mak andam sendiri sukar untuk mengawal/menguruskan pergerakan pasangan tanpa bantuan jurugambar. Inilah yang jarang difahami oleh khalayak yang hanya melihat dari jauh tanpa melibatkan diri secara langsung..

Tips pertama yang harus diketahui oleh bakal pengantin ialah "kenali jurugambar anda". Pastikan jurugambar yang dipilih anda adalah mewakili dirinya sendiri, dan bukan diwakili jurugambar lain. Temui dan cuba biasakan diri dengan jurugambar anda sebelum majlis anda. Kenapa? Kerana pra-komunikasi yang santai dengan jurugambar akan memudahkan anda memahami dan menghargai "kerja tambahan" seseorang jurugambar itu dihari besar anda nanti. Kalau jurugambar yang menjalankan tugas dihari istimewa anda adalah jurugambar yang anda tidak pernah berkomunikasi dengan mereka (walaupun sekali) sebelum majlis, maka biasanya akan berlaku communication breakdown bilamana jurugambar tidak tahu schedule anda dan anda sendiri "tak tahu nak buat apa lepas ni".

Dalam kata lain, anda akan berharap jurugambar menentukan bila pengantin lelaki boleh mula berarak, bila anda boleh bersedia menunggu pengantin lelaki, bila boleh mula bersanding, bila boleh mula menepung tawar, bila boleh bergerak ke meja santapan, bila boleh "makan berdamai" dan seterusnya hinggalah ke hujung majlis. "Tugas-tugas tak berportfolio" inilah yang selalunya diisi oleh sesorang jurugambar yang betul-betul profesional dan berkualiti. Keupayaan mengawal hadirin dan majlis untuk memastikan segalanya berjalan lancar adalah kekuatan tambah nilai yang tinggi bagi seseorang jurugambar yang baik. Dan itulah juga kekuatan yang ada pada ©Shaza Photography yang memang amat terlatih untuk menangani situasi-situasi tersebut.

Buat bakal-bakal pengantin, ambil kira saranan ikhlas dari kami ini untuk memastikan majlis anda nanti berjalan lancar tanpa "hiccup" yang tidak diingini dan sebenarnya boleh ditangani.

Baiklah, layout yang baru siap untuk pasangan Taufik dan Ila boleh ditatap di bawah ini. Klik pada setiap gambar akan membawa anda kehalaman flickr.com, dan disitu anda boleh untuk melihat dalam saiz besar dengan memilih butang "view all size" dibahagian atas foto.

Taufik-Ila
Taufik-Ila
Taufik-Ila
Taufik-Ila


Dengan siapnya job storyboard ke-6 untuk bulan 5/6 ini, maka redalah sedikit ketegangan dan tekanan yang kami hadapi. Sesungguhnya inilah tempoh paling mencabar setakat ini apabila 6 daripada 10 tempahan untuk "peak season" kali ini adalah storyboard album pelbagai saiz dari 10"x12" hinggalah yang terbesar 15"x15".
Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan jayanya. Kepada pelanggan-pelanggan ©Shaza Photography yang masih belum mendapat album mereka, kami harap kalian dapat menahan keterujaan buat sedikit masa lagi. InsyaAllah, dalam minggu ini, 4 album akan siap di cetak selepas melalui seminggu tempoh tapisan kualiti oleh ©Shaza Photography. 2 lagi album masih dalam proses tapisan dan mungkin akan siap sepenuhnya menjelang awal minggu depan.
Sekian...

0 comments:

Flickr