Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

WWF - Earth Hour 2009 @ Infineon Malaysia

Satu program telah dirancang oleh World Wide Fund for Nature (WWF) bersempena dengan sambutan Earth Hour 2009 yang akan disambut di serata dunia pada 28/3/09 jam 8.30pm hingga 9.30pm. Pihak Infineon Technologies (M) Sdn Bhd tidak terkecuali untuk bersama-sama masyarakat dunia demi menyumbang ke arah kesejahteraan sejagat.

Pihak ©Shaza Photography amat berbesar hati dan berbangga kerana telah mendapat kepercayaan pihak Infineon untuk mempotretkan pemandangan keseluruhan Infineon Malaysia sebelum dan sesudah program tersebut berlangsung.

Satu cabaran baru buat ©Shaza Photography apabila di minta untuk memotretkan pemandangan untuk sebuah program korporat. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Selamat menyambut WWF-Earth Hour 2009 diucapkan.


Foto : Shahrizal
Suntingan : Zalina
Sekian.....


Majlis Berendoi Muhammad Anas


Majlis Berendoi Muhammad Anas (Pasangan Syam dan Sakinah)
Tarikh : 19/3/09
Lokasi : Gerik, Perak
Foto : Zalina
Suntingan : Shahrizal


Sekian....

Pregnancy Outdoor session - Pn Rahmah 2nd session (6++ mth)

Pregnancy Outdoor session - Pn Rahmah 2nd Session (6++ mth)
Tarikh : 20/3/09
Lokasi : Taman Inai, Gerik, Perak
Foto : Zalina
Suntingan : Zalina

Sekian...




Photoshop CS3 Tips to share - Part 1

Ray of light adalah bahagian dimana sinaran cahaya dari satu sumber terlihat dalam foto. Amat jarang sinaran ini dapat dirakam, namun photoshop ada jawapannya. Sebenarnya terdapat bermacam teknik untuk menghasilkan Ray of light, terpulang pada kreativiti dan juga ilmu yang ada pada seseorang itu yang pernah menggunakan photoshop. Bagi yang dah expert, memang mudah untuk melakukan sebarang pengubahsuaian.


Langkah 1
Pilih gambar yang ingin ditambah sinaran cahaya. (Ambil contoh gambar di atas)
Langkah 2
Copy layer tersebut. (Layer > Duplicate atau Ctrl+ J)
Langkah 3
Bagi mendapatkan sumber cahaya yang berlainan, gunakan Levels tool (Image> Adjustment> Levels atau Ctrl+L). Drag slider input yang ditengah ke sebelah kiri.



Langkah 4
Kemudian gunakan Radial Blur Filter (Filter> Blur> Radial Blur).

Amount: 100
Blur Method: Zoom
Quality: Best


Selepas mendapatkan set yang sesuai, klik dan drag ‘blur center’ ke tempat yang bersesuaian yakni punca sinaran cahaya.

Langkah 5
Kemudian akan kelihatan tanda atau bintik-bintik pada sinaran cahaya tersebut. Kita boleh menghilangkan bintik-bintik tersebut dengan menambah filter sehingga ia hilang. Tekan Ctrl+F bagi mengulangi langkah 4. Kemudian ulang lagi dengan menekan Ctrl+F, bermakna anda telah mengulangi Ctrl+F sebanyak 2 kali.


Langkah 6
Sinaran cahaya yang kita cipta tadi telahpun terhasil, sekarang kita perlu mengubah gambar kepada mode Screen.

Langkah 7
Pada gambar tersebut, sinaran cahaya tidak berapa kelihatan. Bagi menambahkan sinaran cahaya, gunakan Levels tool (Image> Adjustments> Levels atau Ctrl+L). Drag slider input yang ditengah ke kiri bagi menambahkan kepekatan warna pada objek. Anda juga bole memilih Auto button yang terdapat pada photoshop dan secara automatik level akan disetkan pada level yang bersesuaian.


Langkah 8
Sekiranya fail gambar besar, akan kelihatan lebih banyak bintik-bintik pada sinaran cahaya. Untuk menghilangkannya, gunakan Despeckle filter (Filter> Noise> Despeckle). Tekan Ctrl+F untuk mengulangi proses ini sehingga bintik-bintik tersebur hilang. Penggunaan Despeckle akan mengaburkan bintik-bintik pada sinaran cahaya.

Langkah 9
Sekarang kita perlu memadam kawasan yang tidak sepatutnya sinaran cahaya kelihatan. Tambahkan layer mask pada layer yang paling atas (Layer> Layer Mask> Reveal All) dan klik pada ikon layer mask bagi memastikan layer mask berkenaan dipilih.

Langkah 10
Selepas layer mask dipilih, gunakan Eraser tool (E) untuk memadam area yang tidak sepatutnya cahaya kelihatan.

** Untuk gambar ini saya tidak menggunakan Eraser tool kerana ingin mengekalkan keaslian kesan sinaran cahaya pada subjek.


Langkah 11
Bagi mendapatkan sinaran cahaya yang lebih tepat, gunakan Hue/Saturation tool (Image> Adjustments> Hue/Saturation atau Ctrl+U) untuk menambahkan kepekatan warna. Sebelum menggunakan Hue/Saturation, pastikan anda telah mengklik ikon layer sinaran cahaya.


Dan inilah hasilnya
* Tak semua foto sesuai menggunakan teknik ini, namun foto yang memfokuskan side lighting adalah yang paling sesuai. Proses suntingan mestilah berdasarkan ilmu dan mood agar dapat menghasilkan efek yang benar-benar 'hidup'.


Selamat mencuba!!
Sekian.


Baha'i New Year Open House

Event : Open House for celebration of Baha'i New Year
Host : En Arulkumar Singaraveloo & Pn Shaminy Rengasamy
Venue : Taman Ara Permai, Melaka
Photo : Shahrizal
Editing : Zalina






Captured by ©Shaza Photography on 14th Mar 2009

Potretkan Mimpi Yang Terindah - Fadil Wed Shahida

Pasangan : Ahmad Fadilah dan Norshahida
Lokasi : KM4.4, Padang Temu, Melaka
Foto : Zalina
Suntingan : Shahrizal

Oleh ©Shaza Photography on 14th Mar 2009

Weekend Outing - Jeram Tengkek

Lokasi : Air Terjun Jeram Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan
Jarak dari Melaka : 120km
Melalui : Melaka -> Alor Gajah -> Tampin -> Repah -> Johol -> Senaling -> K. Pilah -> Batu Kikir -> Kg. Tengkek
Apa yang menarik? Air Terjun, tak ramai orang, Daging Salai, Itik Salai...


Sekian, Jumpa Lagi!

Firdaus & Mimi - Mini Honeymoon @ Malacca



Pasangan : Firdaus dan Mimi
Lokasi : Homestay Kg Alai, Melaka
Foto : Shahrizal
Suntingan : Shahrizal

Oleh : ©Shaza Photography on 1st Mar 2009

Photography Tips to share - Part 3

*Credit to http://www.photomalaysia.com/ - Ikramhakim

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi tips dan idea untuk fotografer (aras permulaan / beginner). Perkara yang ingin saya kongsi ialah perkara yang paling penting dalam menghasilkan imej yang "boleh pakai" terus dari kamera (useable image straight out of camera). Perkara yang saya maksudkan ialah EXPOSURE.

Terdapat 3 unsurutama yang mempengaruhi exposure sesuatu imej dan ketiga-tiganya saling bergantung antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah ISO, Shutter Speed dan Aperture. Saya cenderung menggunakan istilah THE EXPOSURE THRIAD (tetiga pendedahan "betul ke?")

Kita mulakan dengan ISO.

ISO dari aspek fotografi analog ditafsirkan sebagai petunjuk kesensitifan filem terhadap cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.Dari aspek fotografi digital pula, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Ukurannya juga sama dengan ukuran kesensitifan filem. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Apa pula Shutter Speed?

Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.Dari aspek fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Aperture: Apa ni?

Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus). Istilah DOF akan diterangkan dalam artikel saya yng akan datang.Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash / lampu denyar).

Rasanya, cukup setakat ini dahulu untuk artikel pertama ini. Sekiranya para "OTAI" ingin menambah atau mengubah isi artikel ini, dengan segala hormat dan rendah diri saya mempersilakan.

Dipetik dari http://www.photomalaysia.com/, oleh Ikramhakim.


Sekian,

Flickr