Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Outing D'Malacca with MakLong

Hari Sabtu lepas, tengah boring-boring duduk dirumah, tetiba telefon tangan berbunyi. Ingatkan bank telefon menuntut baki hutang kad kredit yang tertunggak gara-gara kegawatan ekonomi sekarang, rupanya panggilan dari Faridah dengan khabar gembira. "Kami nak datang bercuti ke Melaka, nak tumpang kat istana hinggap hang!!". OK le tu, ada jugak aktiviti ujung minggu nie...

Rombongan diketuai maklong yang begitu bersemangat untuk melancong buat kali yang ke berapa belas ntah.. hehehehe... Suke betoi deme ni dtg Melaka.. Xpe la, ada jugak sedara mara yg sudi melawat kami ni ekk... Maklong sampai dalam pukul 6ptg. So, kami cadangkan supaya berehat dan tak kemana-mana malam tu. Tapi dah kaki merayap dan kaki makan tu, xbuleh tahan jugak duduk dirumah. So, kami pun bergerak ke Medan Ikan Bakar Alai, yg terletak 200meter dari rumah.. heheheh. Faridah belanja melantak ikan bakar sampai kembong perut...
Esoknya, pagi2 lagi kami dah keluar menyerbu EOM dan menara Taming Sari. Setelah merayau-rayau ibarat ikan bilis tersesat, kami mengakhiri aktiviti dengan makan lagi. Kali ini, kami memandu 50km ke selatan untuk ke Mee Bandung Sentral, Muar. Tempat favourite kami untuk melahap Mee Bandung..

Dalam pada itu, outing kali nie digunakan sebaiknya oleh Faridah untuk mengasah bakat fotografinya, .OKlah.. Jumpa lagi dalam posting akan datang.. Sekian

7 comments:

Weh, ang beli mana nikon d200 dan dapat save rm 1000 tu?

 

tu dia... kah kah kah... kelakar!

eh,yg majlis pertunangan tu, dah susun susun gitu - cantik!

 

oh... ko kena approve. sorry, ingat fail tadi... maka lepas ni ko delete la comment aku yg dah terdouble tu eh

 

Weh, ada kelas utk female wedding fotog kat KL.

http://candidsyndicate.fotopages.com/

 

Fazry
Hang pi eBay lah.. cr yg factory demo unit. dia consider used tp sbnrnya for demo shj...

 

bro, hang makin advance la..
aku pun baru nk berjinak2.. D60 x bnyk lens yg bole AF la bro, tu yg aku rasa nk upgrade sikit heheh
anyway good luck.. kot2 bole berenti IFMY buat full time

 

Tapi D60 pun ada kelebihan tersendiri. Sebab tu aku kadang2 pakai dua2 D60 ngan D200...

Aku skang tgh dok cari lens 24mm f1.8 nie utk D60 aku... Lens f2.8 dah ade... D60 tu plan untuk portraiture je.. so xyanh dah penin cari AF zoom lens...

Ko pny software amcm? dah cukup ke? Photoshop CS1/2/3, Adobe lightroom etc..etc..

 

Flickr