Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Bengkel Seni Foto bersama Azam Neurmaya

Tarikh : 21 & 22 Oct 2009
Lokasi : Sekolah Henry Gurney, Melaka
Penganjur : Koperasi Kakitangan Penjara Melaka
Model : Anna


Model Penjara

Anna


* Original photos was edited by Shahrizal

Potretkan Mimpi Yang Terindah - Jeffri dan Ruhana

Majlis Persandingan Jeffri dan Ruhana
Lokasi: Air Hitam, Alor Setar, Kedah
Tarikh: 5 Dec 2009
Foto: Zalina
Suntingan: Zalina

Jeffri dan Ruhana


Jeffri dan Ruhana

Selamat Melaksanakan Ibadah Qurban 1430H



Kami di ©Shaza Photography mengucapkan Selamat Menyambut Eid Adha, Selamat melaksanakan Ibadah Qurban, Selamat menyambut hari 'Arafah, Selamat Menyambut hari penuh sejarah tahun 1430H. Semoga segala amal ibadah dan penyerahan kita kepadaNya akan di terima dan di Redhai.. InsyaAllah

Potretkan Mimpi Yang Terindah - Rafidah & Azman (Part 2)

Majlis Persandingan Rafidah dan Azman (Part 2)
Lokasi: Kg Solok Bakar Batu, Kandang, Melaka
Tarikh: 17 Oktober 2009
Foto: Zalina & Shahrizal
Suntingan: Zalina & Shahrizal

Potretkan Mimpi Yang Terindah - Rafidah & Azman (Part 1)

Majlis Akad Nikah Rafidah dan Azman
Lokasi: Kg Solok Bakar Batu, Kandang, Melaka
Tarikh: 16 Oktober 2009
Foto: Zalina & Shahrizal
Suntingan: Zalina & Shahrizal

Azman dan Rafidah
Azman dan Rafidah
Azman dan Rafidah
Azman dan Rafidah

Potretkan Mimpi Yang Terindah- Intan dan Asbullah

Majlis Akad Nikah Siti Roshaida (a.k.a Intan) dan Asbullah
Lokasi: Lawin, Perak
Tarikh: 23 September 2009 (Raya ke-4)
Foto & suntingan: Zalina


Selamat Berpuasa semua!!




Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti,
Kini Ramadhan sudah menjelang,
Tanda Allah masih berkati,



Kalau roboh kota melaka,
Papan di jawa hamba dirikan,
Ibadah sunat jangan di leka,
Jadi pelengkap puasa sebulan,



Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perigi,
sebulan jangan mencuri makan,
dalam kubur jawablah sendiri!!


Shaza Photography mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1430 H! Moga dilimpahi rahmat olehNya

Potretkan Mimpi Yang Terindah Najib dan Asrina

Oleh kerna sesi foto kawin kali ini berlangsung di Gerik, Perak, maka sempatlah kami balik menjengah kampung halaman. Pasangan kali ini adalah Che'Gu Najib Yahaya dan Che'Gu Asrina. Che'Gu Najib merupakan seorang guru di Gerik, manakala Che'Gu Asrina pula mengajar di Ayer Tawar, Perak. Majlis resepsi berlangsung pada 25/7/09 tempohari... Oleh kerna majlis perkahwinan sebelah lelaki di Perak biasa dibuat secara sederhana (tak seperti sambutan di Melaka, Johor dan KL) maka sessi kami memberikan tumpuan maksima kepada outdoor shoot. Dan oleh kerana dibelakang rumah dikampung terdapat hutan sekunder dan sungai yang mengalir jernih, maka xpayah la berjauh-jauh untuk dapatkan lokasi yang cantik... Huhuhuhuh...


Cikgu Najib dan Cikgu Asrina
Cikgu Najib dan Cikgu Asrina
Cikgu Najib dan Cikgu Asrina
Cikgu Najib dan Cikgu Asrina
Cikgu Najib dan Cikgu Asrina
Cikgu Najib dan Cikgu Asrina

Potretkan Mimpi Yang Terindah Hafis dan Zilati

Potretkan Mimpi Yang Terindah....
Siapa yang kahwin? Hafis dan Zilati
Kenduri kat mana? Paya Jaras, Sg Buloh, Selangor
Kat mana buat 'luar-pintu'nye? Taman Rimba Riang, Seksyen 9 Kota Damansara
Bila majlisnye? 4 dan 5 July 2009
Siapa tukang tangkap gambarnye ? Zalina & Shahrizal
Siapa tukang 'gunting' gambar nye? Shahrizal

Mana gambarnya? Kat bawah ni, tengok lerrrrr.....

Hafis dan Zilati

Hafis dan Zilati

Hafis dan Zilati

Hafis dan Zilati

Hafis dan Zilati

Hafis dan Zilati

Hafis dan Zilati


Cantik ke? Kalau cantik komen lerrr... kalau buruk komplen lerrr.... Kalau nak oder talipon lerrr... Hehehehe
"Hidup Bahasa Melayu! Mansuhkan PPSMI!!"

Potretkan Mimpi Yang Terindah : [Update] Taufik dan Ila

Seringkali dalam sesebuah majlis perkahwinan, tugas jurugambar bukan terbatas dengan kamera mereka sahaja. Biasanya jurugambar juga menjadi rujukan oleh pengantin mahupun anggota keluarga dalam menentukan "what's next..". Memang selalunya tugas ini dilakukan oleh mak andam, tetapi harus diingat ia biasanya setakat di pelamin sahaja... Malahan dalam sesetengah majlis, mak andam sendiri sukar untuk mengawal/menguruskan pergerakan pasangan tanpa bantuan jurugambar. Inilah yang jarang difahami oleh khalayak yang hanya melihat dari jauh tanpa melibatkan diri secara langsung..

Tips pertama yang harus diketahui oleh bakal pengantin ialah "kenali jurugambar anda". Pastikan jurugambar yang dipilih anda adalah mewakili dirinya sendiri, dan bukan diwakili jurugambar lain. Temui dan cuba biasakan diri dengan jurugambar anda sebelum majlis anda. Kenapa? Kerana pra-komunikasi yang santai dengan jurugambar akan memudahkan anda memahami dan menghargai "kerja tambahan" seseorang jurugambar itu dihari besar anda nanti. Kalau jurugambar yang menjalankan tugas dihari istimewa anda adalah jurugambar yang anda tidak pernah berkomunikasi dengan mereka (walaupun sekali) sebelum majlis, maka biasanya akan berlaku communication breakdown bilamana jurugambar tidak tahu schedule anda dan anda sendiri "tak tahu nak buat apa lepas ni".

Dalam kata lain, anda akan berharap jurugambar menentukan bila pengantin lelaki boleh mula berarak, bila anda boleh bersedia menunggu pengantin lelaki, bila boleh mula bersanding, bila boleh mula menepung tawar, bila boleh bergerak ke meja santapan, bila boleh "makan berdamai" dan seterusnya hinggalah ke hujung majlis. "Tugas-tugas tak berportfolio" inilah yang selalunya diisi oleh sesorang jurugambar yang betul-betul profesional dan berkualiti. Keupayaan mengawal hadirin dan majlis untuk memastikan segalanya berjalan lancar adalah kekuatan tambah nilai yang tinggi bagi seseorang jurugambar yang baik. Dan itulah juga kekuatan yang ada pada ©Shaza Photography yang memang amat terlatih untuk menangani situasi-situasi tersebut.

Buat bakal-bakal pengantin, ambil kira saranan ikhlas dari kami ini untuk memastikan majlis anda nanti berjalan lancar tanpa "hiccup" yang tidak diingini dan sebenarnya boleh ditangani.

Baiklah, layout yang baru siap untuk pasangan Taufik dan Ila boleh ditatap di bawah ini. Klik pada setiap gambar akan membawa anda kehalaman flickr.com, dan disitu anda boleh untuk melihat dalam saiz besar dengan memilih butang "view all size" dibahagian atas foto.

Taufik-Ila
Taufik-Ila
Taufik-Ila
Taufik-Ila


Dengan siapnya job storyboard ke-6 untuk bulan 5/6 ini, maka redalah sedikit ketegangan dan tekanan yang kami hadapi. Sesungguhnya inilah tempoh paling mencabar setakat ini apabila 6 daripada 10 tempahan untuk "peak season" kali ini adalah storyboard album pelbagai saiz dari 10"x12" hinggalah yang terbesar 15"x15".
Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan jayanya. Kepada pelanggan-pelanggan ©Shaza Photography yang masih belum mendapat album mereka, kami harap kalian dapat menahan keterujaan buat sedikit masa lagi. InsyaAllah, dalam minggu ini, 4 album akan siap di cetak selepas melalui seminggu tempoh tapisan kualiti oleh ©Shaza Photography. 2 lagi album masih dalam proses tapisan dan mungkin akan siap sepenuhnya menjelang awal minggu depan.
Sekian...

Potretkan Mimpi Yang Terindah

Bukan satu tugas mudah untuk menghasilkan sebuah storyboard dengan layout yang menyegarkan mata. Tambahan dengan berbagai-bagai saiz yang menjadi pilihan pelanggan, cabarannya cukup berat dan memerlukan ketelitian untuk memastikan hasil karya yang menarik dan menggiurkan. Sebab itulah masa yang agak lama diperlukan dalam berkarya. Dan sebab itu jugalah, harga yang tinggi selalu diletakkan oleh Photog pro mahupun amateur. Namun bagi kami di ©ShazaPhotography, kepuasan pelanggan adalah lebih utama.
Ada rakan-rakan bertanya, sebab apa kami memilih bidang ini? Adakah kerjaya asal sebagai Jurutera Kanan Profesional disyarikat multinasional dan Freelance Web-Designer untuk beberapa badan korporat di Melaka tidak mencukupi? Jawapannya mudah, "kepuasan"... Kepuasan buat kami dalam berkarya dan yang paling penting kepuasan buat pelanggan-pelanggan tatkala melihat majlis mereka dipotretkan dalam karya. Wang ringgit dan kerjaya hebat masih tidak cukup memberi kepuasan buat insan-insan berotak kiri+kanan seperti kami, dan wang ringgit/ keuntungan juga tidak bermakna jika kami gagal memuaskan hati pelanggan-pelanggan kami.

1."Jangan letakkan had untuk berkarya" kata rakan blogger kami, Sutradara Mamat Khalid yang pernah memberi nasihat.
2. "Time was when a man could order a pair of shoes directly from the cobbler. By measuring the foot himself and personally handling all aspects of manufacturing, the cobbler could assure the customer would be satisfied," kata Dr. Yori Akao, pengasas QFD Institute(Quality Function Deployment)yang meletakkan "Voice Of Customer" sebagai asas kejayaan sesuatu produk. Asas yang sama juga digunapakai dan dijadikan budaya kerja Toyota Motor Corps Japan sehingga sekarang.

Berbalik kepada fotografi, banyak lagi ilmu fotografi yang perlu kami pelajari dan pertingkatkan dari masa ke semasa. Ilmu kalau dicari dan kalau dikongsi takkan pernah cukup dan takkan pernah habis. Buat semua pelanggan dan bakal pelanggan ketahuilah, Malaysia masih kekurangan Wedding Photographer... Cubalah, anda akan tahu kepuasan dalam keperitannya...
Maaf kerana "berucap" panjang lebar sebab dah lama tak berceloteh dalam blog. Terima kasih sebab sabar membaca setakat ini..
Di bawah ini adalah beberapa sampel layout yang telah sempat siap setakat ini untuk mencuci mata para pengunjung blog ini. Jamulah mata anda dan jangan segan silu memberi komen atau memberi kutukan membina!!!!

1. Rafis dan Siti
Olahan : Zalina


Rafis_Siti
Rafis_Siti
Rafis_Siti


2. Baeyah dan Shazali
Olahan : Shahrizal



Bae_Zali
Bae_Zali
Bae_Zali


3. Ridzuan dan Rohanis
Olahan : Zalina



Anis_Ridzuan
Anis_Ridzuan


4. Shahrul dan Rohayu
Olahan : Shahrizal



Shahrul_Ayu
Shahrul_Ayu
Shahrul_Ayu


5.Zam dan Narzarizah
Olahan : Shahrizal



Narza_Zam
Zam_Narza

Narza_Zam

Narza_Zam


Dikesempatan yang sama, kami ingin memperkenalkan 'protege' ©ShazaPhotography yang baru menceburkan diri dalam bidang ini iaitu Wiefanz yang berada di Klang. Dengan ini juga, kepada bakal-bakal pelanggan di kawasan Lembah Klang yang berminat dengan hasil kerjatangan beliau, bolehlah berurusan terus dengan Wiefanz di talian 019-2604212. Dibawah adalah sampel sentuhan kreatif Wiefanz.

Ina dan Riza
Olahan : Wiefanz



Riza_Ina
Riza_Ina
Riza_Ina


Kredit untuk Wiefanz dan selamat berjuang diucapkan!!

Thanks semua! Jumpa lagi dalam projek-projek yang akan datang!
Adiosss

Flickr