Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Editing custom album

Beberapa editing gmbr untuk custom album sepanjang awal tahun ni...
















Sekian, jumpa lagi!!!

Shoot & Burn - Erra & Rizan

Salam...
Rasanya sudah lama tidak bersiaran kt blog Shaza Creative ni... selain sibuk semasa bulan puasa yg lepas, sy jenuh mencari kt mana sy telah simpan gmbr2 ni.. sedangkan utk semua gmbr kawen dh siap ada folder tertentu.. tp godek punya godek tak jugak jumpa2.. sy ingatkan dh terdelete.. huhuhuhu.. mujurlah kali bila search kt folder yg sama..akhirnyaaaa..haaa adapun kau... customer kali ni merupakan adik kepada mak andam iaitu Kak Hani dari Sanee Bridal....

Yang menariknya, sy sgt teruja melihat baju utk Malam Berinai yg ala-ala arab gitu.... sgt cantik... begitu jugak dgn hiasan pelamin sentuhan Abg Hassan.. apalagi, jom kita layannn... =)

Majlis Perkahwinan Erra & Rizan
Lokasi: Bukit Durian, Melaka
Tarikh: 1,2 & 3 Julai 2011
Jurufoto: Zalina
Andaman: Sanee Bridal (017-631 0525)







Sekian, jumpa lagi!!!

Selamat berpuasa..

Bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan akhirnya tiba jua.... buat semua umat Islam, kami dari Shaza Creative mengucapkan Selamat Berpuasa... semoga amal kebajikan kita pada tahun ini semakin bertambah dan mendapat keberkatan dari ilahi...


Sebelum mengundur diri,  pohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang berurusan dengan Shaza Creative...

Sekian,jumpa lagi!!

Aktiviti menjelang Ramadhan

Salam buat semua...
Dh lama sy tak letak update terbaru ttg Shaza Creative... rsnya semuanya berjln lancar seperti biasa... tp masih ada gmbr yg sy blm sempat resize & nk upload dlm ni... insyaAllah sy cuba ms bulan puasa nt...

by the way... sy skrg ni asyik dgn bisnes baru sy.. iaitu... Squisito Cheese Tart... kalau nk tgk apa yg menariknya ttg cheese tart sy itu bole klik dkt link ni http://tat-keju.blogspot.com/ 

Oklah, apakata sy upload beberapa gmbr utk kita layan mata dulu, ok??.. hihihi..





Sekian,  perkembangan terkini ttg Shaza Creative... sempena menjelang Ramadhan & tiada booking photog sepaanjang puasa... sy memberanikan diri utk membuat beberapa jenis biskut.. tapi KEUTAMAAN sy adalah Squisito Cheese Tart... (^_^)

Sekian, jumpa lagi!!!

Potretkan Mimpi yang Terindah - Ashaari & Saadiah

Majlis perkahwinan Ashaari & Saadiah
Lokasi: Belimbing Dalam & Pernu, Melaka
Tarikh: 3,4 & 5 Jun 2011
Lokasi Outdoor: Sekitar Jambatan Hang Tuah
Jurufoto: Zalina
Andaman: Zailin Andaman (012-341 3764)



Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ashaari & Saadiah... walaupun letih tapi masih bersemangat untuk sesi outdoor waktu malam... Semoga ikatan perkahwinan kalian berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat..

Sekian, jumpa lagi!!!
Shaza Creative Enterprise

Potretkan Mimpi yang Terindah - Faris & Myza

Majlis Perkahwinan Faris & Myza
Lokasi: Kg. Bukit Bulat, Machap Umboo, Melaka
Tarikh: 29 Mei 2011
Lokasi outdoor: Taman Seribu Bunga & Banda Hilir
Jurufoto: Zalina
Andaman: Zailin Andaman (012-341 3764)

Buat julung kalinya, persalinan yang biasa dibuat hanya untuk pengantin perempuan, kini pasangan ini memilih untuk membuat persalinan lelaki & perempuan. Antara baju persalinan yang mereka pilih ialah baju songket tabur, persalinan cina, gaun & blazer (Taman Seribu Bunga) dan persalinan baju Perancis (Banda Hilir).

Persalinan mereka ini dibuat sejurus selepas majlis akad nikah dan kemudian bersambung selepas bersanding untuk sesi outdoor pulak...

                                             
                         
                                                                 Persalinan - Baju Songket Bunga Tabur
                                
                                 Persalinan -  Baju Cina

                                                   
                                                                                                                                                                                             
                          
                                                                                               Persalinan - Gaun & Kot

                                                                                                       
                                                 
                                                                                                       Persalinan - Baju Perancis 

Buat pertama kalinya juga sy mencuba sendiri strobist tanpa bantuan suami.. amat seronok sekali kerana dpt mempraktikkannya kerana sebelum ni sy hnya menjadi pemerhati dan memberi arahan untuk pose kepada pengantin..

Buat pasangan Faris & Myza, semoga seronok melihat gmbr yg sy upload ni.... Selamat menempuhi kehidupan baru dan semoga segala onak dan duri kehidupan berumahtangga dilalui dengan penuh kesabaran...

Sekian, jumpa lagi!!
Shaza Creative Enterprise

Potretkan Mimpi yang Terindah - Am & Norbayah

Majlis Perkahwinan Am & Norbayah
Lokasi: Krubong & Bukit Lintang, Melaka
Tarikh: 20, 21 & 22 Mei 2011
Lokasi outdoor: Taman Seribu Bunga & Crystal Bay, Alai
Jurufoto: Zalina & Shahrizal

Majlis Resepsi di Krubong (Perempuan)



Outdoor: Taman Seribu Bunga
Outdoor: Taman Seribu Bunga

Majlis Resepsi di Bukit Lintang (Lelaki)



Outdoor: Crystal Bay, Alai 
Outdoor: Crystal Bay, Alai

Buat pasangan Am & Norbayah, semoga ikatan suci ini akan berkekalan buat selama-lamanya. Untuk makluman, album kalian 50% lg akan complete.. InsyaAllah, dlm masa terdekat ni siaplah custom album berkenaan...

Sekian, jumpa lagi!!
Shaza Creative Enterprise

Flickr