Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Pakej MERDEKA - Julai dan Ogos

Berikutan sambutan yang menggalakkan untuk bulan April, May dan June '09, ©Shaza Photography dengan penuh berbesar hati menawarkan promosi khas MERDEKA 2009. Tempahan dibuka mulai sekarang. Promosi adalah untuk sessi fotografi di antara 1 Julai 2009 hingga 31 Ogos 2009. Walaubagaimanapun tempahan adalah terhad berdasarkan first come first served!!! Hubungi kami segera!!!


Sekian, Salam Merdeka Daripada...

Collection - Street Shot!

Takde menda nak upload minggu nie. So, here is a few our non-commercial, general and street shot collection... Oleh kerana picture browser di'link' ke Flickr.com, maka ianya mengambil sedikit masa untuk membuka setiap gambar. Enjoy watching

Outing D'Malacca with MakLong

Hari Sabtu lepas, tengah boring-boring duduk dirumah, tetiba telefon tangan berbunyi. Ingatkan bank telefon menuntut baki hutang kad kredit yang tertunggak gara-gara kegawatan ekonomi sekarang, rupanya panggilan dari Faridah dengan khabar gembira. "Kami nak datang bercuti ke Melaka, nak tumpang kat istana hinggap hang!!". OK le tu, ada jugak aktiviti ujung minggu nie...

Rombongan diketuai maklong yang begitu bersemangat untuk melancong buat kali yang ke berapa belas ntah.. hehehehe... Suke betoi deme ni dtg Melaka.. Xpe la, ada jugak sedara mara yg sudi melawat kami ni ekk... Maklong sampai dalam pukul 6ptg. So, kami cadangkan supaya berehat dan tak kemana-mana malam tu. Tapi dah kaki merayap dan kaki makan tu, xbuleh tahan jugak duduk dirumah. So, kami pun bergerak ke Medan Ikan Bakar Alai, yg terletak 200meter dari rumah.. heheheh. Faridah belanja melantak ikan bakar sampai kembong perut...
Esoknya, pagi2 lagi kami dah keluar menyerbu EOM dan menara Taming Sari. Setelah merayau-rayau ibarat ikan bilis tersesat, kami mengakhiri aktiviti dengan makan lagi. Kali ini, kami memandu 50km ke selatan untuk ke Mee Bandung Sentral, Muar. Tempat favourite kami untuk melahap Mee Bandung..

Dalam pada itu, outing kali nie digunakan sebaiknya oleh Faridah untuk mengasah bakat fotografinya, .OKlah.. Jumpa lagi dalam posting akan datang.. Sekian

Pakej Yang Ditawarkan

Antara pakej-pakej yang disediakan oleh ©Shaza Photography adalah:

Pakej A - Bertunang/ Akad Nikah/ Resepsi (sehari)
1. 100 keping 4R
2. 2 keping 8R
3. Purata 4-6 jam coverage 
4. CD (unlimited pictures)
5. Sticky album (ekonomi) atau Sticky Mockup album atau Storyboard Album
6. Harga : Bergantung kepada tempoh masa liputan, jenis album, saiz album dan kombinasi album yang dipilih
7. Item 1&2 tidak terdapat dalam pakej album Storyboard.

Pakej B - Akad Nikah & Resepsi (2 hari)
1. 200 keping 4R
2. 4 keping 8R
3. Purata 4-6 jam masa liputan untuk sehari majlis
4. CD (unlimited pictures + movie type photos)
5. 2 buah Sticky album (ekonomi) atau 2 buah Sticky Mockup album atau 2 buah Storyboard Album
6. Harga : Bergantung kepada tempoh masa liputan, jenis album, saiz album dan kombinasi album yang dipilih
7. Item 1&2 tidak terdapat dalam pakej album Storyboard.

Pakej C - Akad Nikah & Resepsi (3 hari)
1. 300 keping 4R
2. 5 keping 8R
3. Purata 4-6 jam masa liputan untuk sehari majlis
4. CD (unlimited pictures + movie type photos)
5. 3 buah Sticky album (ekonomi) atau 3 buah Sticky Mockup album atau 3 buah Storyboard Album
6. Harga : Bergantung kepada tempoh masa liputan, jenis album, saiz album dan kombinasi album yang dipilih
7. Item 1&2 tidak terdapat dalam pakej album Storyboard.

Ciri-ciri album:
1. Sticky Mockup Album
   - saiz album = 13" x 16", 40 mukasurat
   - Hard cover = Hot press (customised design)

2. Storyboard Album
   - Saiz album terdiri: 8" x 12" atau 10" x 12" atau 11" x 14", 20 mukasurat
   - Jenis: Glossy (Oil based) atau Glossy Metalic
   - Hard cover: Hot press

Nota:
1. Caj pengangkutan bergantung kepada lokasi
2. Tertakluk kepada terma & syarat
3. Tempoh album siap: 4 - 6 minggu

*** Bagi melihat beberapa jenis sampel album, sila klik di sini ***

Untuk maklumat lanjut, jangan segan silu untuk hubungi kami:
Zalina: 012-375 0034 atau Rizal: 012-675 2921
Email: shaza79@streamyx.com

Majlis Pertunangan Shahrul dan Rohayu


Setelah berhempas pulas untuk dua sesi outdoor sekaligus di Serdang, kami terus sahaja ke Felda Trolak Timur, Perak untuk persediaan penggambaran di Majlis Pertunangan Shahrul dan Rohayu. Majlis diadakan pada 1/2/09 dengan penuh tradisi dan adat resam Melayu.
Oleh kerana kekangan masa dan kuantiti foto yang perlu di sunting setakat ini, foto majlis berkenaan mungkin terlewat melalui proses suntingan selama beberapa hari. Insyaallah beberapa foto menarik yang berjaya disunting akan dimuatnaik ke blog ini dari semasa ke semasa...



Pregnancy Outdoor Session - Pn Adiza Azizan

Pada 31 Jan '09 juga, sesi fotografi "Pregnancy Outdoor" telah berlansung juga di Bukit Ekspo, UPM. Puan Adiza Azizan telah berusaha menghadirkan diri ke lokasi setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan sahabat beliau di Cheras. Kesungguhan dan dedikasi Puan Adiza untuk sampai di lokasi tepat pada masanya amatlah dihargai, terutama dengan jadual kami yang padat untuk sesi outdoor pasangan En Badran sebelum itu.

Ibu yang sedang sarat membawa kandungan pada minggu ke 30 ini cukup selesa dengan lokasi yang kami cadangkan. Ini terbukti bila Puan Adiza sendiri yang mencadangkan pelbagai post dan subjek utk fotonya... Semoga Puan Adiza selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada April 2009, Insyaallah..



Sekian

©Shaza Photography

Flickr