Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Photography Tips to share - Part 3

*Credit to http://www.photomalaysia.com/ - Ikramhakim

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi tips dan idea untuk fotografer (aras permulaan / beginner). Perkara yang ingin saya kongsi ialah perkara yang paling penting dalam menghasilkan imej yang "boleh pakai" terus dari kamera (useable image straight out of camera). Perkara yang saya maksudkan ialah EXPOSURE.

Terdapat 3 unsurutama yang mempengaruhi exposure sesuatu imej dan ketiga-tiganya saling bergantung antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah ISO, Shutter Speed dan Aperture. Saya cenderung menggunakan istilah THE EXPOSURE THRIAD (tetiga pendedahan "betul ke?")

Kita mulakan dengan ISO.

ISO dari aspek fotografi analog ditafsirkan sebagai petunjuk kesensitifan filem terhadap cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.Dari aspek fotografi digital pula, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Ukurannya juga sama dengan ukuran kesensitifan filem. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Apa pula Shutter Speed?

Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.Dari aspek fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Aperture: Apa ni?

Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus). Istilah DOF akan diterangkan dalam artikel saya yng akan datang.Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash / lampu denyar).

Rasanya, cukup setakat ini dahulu untuk artikel pertama ini. Sekiranya para "OTAI" ingin menambah atau mengubah isi artikel ini, dengan segala hormat dan rendah diri saya mempersilakan.

Dipetik dari http://www.photomalaysia.com/, oleh Ikramhakim.


Sekian,

Pakej MERDEKA - Julai dan Ogos

Berikutan sambutan yang menggalakkan untuk bulan April, May dan June '09, ©Shaza Photography dengan penuh berbesar hati menawarkan promosi khas MERDEKA 2009. Tempahan dibuka mulai sekarang. Promosi adalah untuk sessi fotografi di antara 1 Julai 2009 hingga 31 Ogos 2009. Walaubagaimanapun tempahan adalah terhad berdasarkan first come first served!!! Hubungi kami segera!!!


Sekian, Salam Merdeka Daripada...

Collection - Street Shot!

Takde menda nak upload minggu nie. So, here is a few our non-commercial, general and street shot collection... Oleh kerana picture browser di'link' ke Flickr.com, maka ianya mengambil sedikit masa untuk membuka setiap gambar. Enjoy watching

Outing D'Malacca with MakLong

Hari Sabtu lepas, tengah boring-boring duduk dirumah, tetiba telefon tangan berbunyi. Ingatkan bank telefon menuntut baki hutang kad kredit yang tertunggak gara-gara kegawatan ekonomi sekarang, rupanya panggilan dari Faridah dengan khabar gembira. "Kami nak datang bercuti ke Melaka, nak tumpang kat istana hinggap hang!!". OK le tu, ada jugak aktiviti ujung minggu nie...

Rombongan diketuai maklong yang begitu bersemangat untuk melancong buat kali yang ke berapa belas ntah.. hehehehe... Suke betoi deme ni dtg Melaka.. Xpe la, ada jugak sedara mara yg sudi melawat kami ni ekk... Maklong sampai dalam pukul 6ptg. So, kami cadangkan supaya berehat dan tak kemana-mana malam tu. Tapi dah kaki merayap dan kaki makan tu, xbuleh tahan jugak duduk dirumah. So, kami pun bergerak ke Medan Ikan Bakar Alai, yg terletak 200meter dari rumah.. heheheh. Faridah belanja melantak ikan bakar sampai kembong perut...
Esoknya, pagi2 lagi kami dah keluar menyerbu EOM dan menara Taming Sari. Setelah merayau-rayau ibarat ikan bilis tersesat, kami mengakhiri aktiviti dengan makan lagi. Kali ini, kami memandu 50km ke selatan untuk ke Mee Bandung Sentral, Muar. Tempat favourite kami untuk melahap Mee Bandung..

Dalam pada itu, outing kali nie digunakan sebaiknya oleh Faridah untuk mengasah bakat fotografinya, .OKlah.. Jumpa lagi dalam posting akan datang.. Sekian

Pakej Yang Ditawarkan

Antara pakej-pakej yang disediakan oleh ©Shaza Photography adalah:

Pakej A - Bertunang/ Akad Nikah/ Resepsi (sehari)
1. 100 keping 4R
2. 2 keping 8R
3. Purata 4-6 jam coverage 
4. CD (unlimited pictures)
5. Sticky album (ekonomi) atau Sticky Mockup album atau Storyboard Album
6. Harga : Bergantung kepada tempoh masa liputan, jenis album, saiz album dan kombinasi album yang dipilih
7. Item 1&2 tidak terdapat dalam pakej album Storyboard.

Pakej B - Akad Nikah & Resepsi (2 hari)
1. 200 keping 4R
2. 4 keping 8R
3. Purata 4-6 jam masa liputan untuk sehari majlis
4. CD (unlimited pictures + movie type photos)
5. 2 buah Sticky album (ekonomi) atau 2 buah Sticky Mockup album atau 2 buah Storyboard Album
6. Harga : Bergantung kepada tempoh masa liputan, jenis album, saiz album dan kombinasi album yang dipilih
7. Item 1&2 tidak terdapat dalam pakej album Storyboard.

Pakej C - Akad Nikah & Resepsi (3 hari)
1. 300 keping 4R
2. 5 keping 8R
3. Purata 4-6 jam masa liputan untuk sehari majlis
4. CD (unlimited pictures + movie type photos)
5. 3 buah Sticky album (ekonomi) atau 3 buah Sticky Mockup album atau 3 buah Storyboard Album
6. Harga : Bergantung kepada tempoh masa liputan, jenis album, saiz album dan kombinasi album yang dipilih
7. Item 1&2 tidak terdapat dalam pakej album Storyboard.

Ciri-ciri album:
1. Sticky Mockup Album
   - saiz album = 13" x 16", 40 mukasurat
   - Hard cover = Hot press (customised design)

2. Storyboard Album
   - Saiz album terdiri: 8" x 12" atau 10" x 12" atau 11" x 14", 20 mukasurat
   - Jenis: Glossy (Oil based) atau Glossy Metalic
   - Hard cover: Hot press

Nota:
1. Caj pengangkutan bergantung kepada lokasi
2. Tertakluk kepada terma & syarat
3. Tempoh album siap: 4 - 6 minggu

*** Bagi melihat beberapa jenis sampel album, sila klik di sini ***

Untuk maklumat lanjut, jangan segan silu untuk hubungi kami:
Zalina: 012-375 0034 atau Rizal: 012-675 2921
Email: shaza79@streamyx.com

Majlis Pertunangan Shahrul dan Rohayu


Setelah berhempas pulas untuk dua sesi outdoor sekaligus di Serdang, kami terus sahaja ke Felda Trolak Timur, Perak untuk persediaan penggambaran di Majlis Pertunangan Shahrul dan Rohayu. Majlis diadakan pada 1/2/09 dengan penuh tradisi dan adat resam Melayu.
Oleh kerana kekangan masa dan kuantiti foto yang perlu di sunting setakat ini, foto majlis berkenaan mungkin terlewat melalui proses suntingan selama beberapa hari. Insyaallah beberapa foto menarik yang berjaya disunting akan dimuatnaik ke blog ini dari semasa ke semasa...



Pregnancy Outdoor Session - Pn Adiza Azizan

Pada 31 Jan '09 juga, sesi fotografi "Pregnancy Outdoor" telah berlansung juga di Bukit Ekspo, UPM. Puan Adiza Azizan telah berusaha menghadirkan diri ke lokasi setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan sahabat beliau di Cheras. Kesungguhan dan dedikasi Puan Adiza untuk sampai di lokasi tepat pada masanya amatlah dihargai, terutama dengan jadual kami yang padat untuk sesi outdoor pasangan En Badran sebelum itu.

Ibu yang sedang sarat membawa kandungan pada minggu ke 30 ini cukup selesa dengan lokasi yang kami cadangkan. Ini terbukti bila Puan Adiza sendiri yang mencadangkan pelbagai post dan subjek utk fotonya... Semoga Puan Adiza selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada April 2009, Insyaallah..



Sekian

©Shaza Photography

Flickr