Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Ismail & Liza (Outdoor) - "60 Hari Merai Cinta"

Assalamualaikum,
Kami baru pulang dari KL untuk Outdoor Assignment yang terbaru bertajuk "60 Hari Merai Cinta" buat pasangan Ismail dan Liza. Majlis perkahwinan pasangan ini telah berlangsung pada 26 Oktober yang lalu. Atas kesuntukan masa dan kekangan tugas, pasangan ini telah menangguhkan sesi outdoor perkahwinan mereka selama 60 hari...
Setakat ini baru satu gambar siap disunting (baru sebentar tadi selepas sampai di rumah). Gambar-gambar lain akan dimuatnaik selepas selesai suntingan beberapa hari lagi





Senja nan indah - Cabaran @NAPIE dan Dato' Prof Jamaludin

Petang tadi, bila boring sangat kat rumah, ambil keputusan untuk mengambil angin tepi laut... Sambil2 menyahut cabaran beberapa orang kenalan di Flickr.com (@NAPIE dan Dato' Prof Jamaluddin) untuk shoot gambar sunset. Oleh kerana dah lama tak ambil gambar2 laut sebagai subjek, kami pun menyahut cabaran itu... Pemburuan bermula di tempat favourite kami iaitu Masjid Terapung Pulau Melaka. Masa kami sampai dalam pukul 5.50 pm, sunset tak berapa jelas lagi, mega merah blom timbul...



Pemburuan diteruskan ke Perkampungan Portugis. Kali ini, bapak Mujahid yang shoot



Akhir sekali, lokasi kami ialah pantai Crystal Bay belakang rumah, kali ini betul-betul time sunset... Masa sampai, kelihatan ada nelayan menangguk udang geragau untuk dibuat belacan dan beberapa orang kanak2 bermain ditepian pantai... Gambar2 dibawah tak mengikut urutan, gambar 1 dan 4 adalah gambar sejurus sebelum matahari terbenam, manakala gambar 2 dan 3 adalah gambar masa kami mula2 sampai kat situ...









Sila layari http://www.flickr.com/photos/shazaphoto

Sekian

Majlis Resepsi Fauzi & Aida

Majlis Perkahwinan Fauzi dan Aida
Tarikh : 20 December 2008, 20 Zulhijjah 1430
Tempat : Kg Kandang, Melaka
Foto : Zalina
Suntingan : Zalina










Sekian

Selatan Melaka ke Utara Johor, apa yang menarik?

Kerana tiada aktiviti yang menarik untuk dilakukan semalam, kami mengambil keputusan untuk keluar makan angin ke bahagian utara negeri Johor DT. Kami bertiga cuba memandu melalui jalan lama memasuki beberapa bandar dan pekan kecil. Perjalanan bermula dari rumah, ikut jalan lama ke Merlimau, Muar, Pagoh, Kg Raja, Lenga, Bukit Kepong, Labis, Segamat, Jementah, Tangkak, balik ke Muar dan seterusnya pulang ke rumah. Perjalanan mulanya dirancang untuk menziarahi seorang sahabat lama yang tinggal di Segamat, akhirnya berubah dengan menziarahi beberapa tempat bersejarah dan menarik.





Tempat pertama disinggahi adalah dalam perjalanan dari Muar ke Pagoh, kami singgah makan tengahari di Nasuha Herbs Garden, taman herba terbesar di Malaysia. Selain menjamu selera dengan nasi beriyani herba, kami juga sempat menjamu mata dengan pokok-pokok herba dan melihat rekabentuk ukiran-ukiran lama yang digunakan di sini. memang indah dan mengkagumkan. Untuk pengetahuan, tempat ini diusahakan oleh Tn Haji Nasuha, seorang anak tempatan yang gigih. Restoran dan makanan yang disediakan juga cukup menarik dan menyelerakan. Kami menjamu selera dengan Beriyani herba, teh herba dan telur pindang sebagai juadah makan tengahari..



Perjalanan diteruskan ke Pagoh, sebenarnya di Pagoh, kami hanya berhajat untuk menziarahi makam Sultan Melaka ke-7, Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (1477~1488) yang terletak di Kg Raja, dalam daerah Pagoh. Sesampainya disana, kami menunaikan Solat Zuhur dan selepas itu menziarahi makam sambil menyedekahkan AlFatihah kepada Almarhum. Lawatan ini adalah lawatan susulan saya selepas kali pertama melawat makam ini beberapa tahun lalu. Dan lawatan kali pertama buat Mujahid. Cerita mengenai makam boleh dibaca pada gambar dibawah ok..

Ini terjemahannya :

"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, inilah kubur yang cemerlang, Almarhum Sultan yang Suci, Sultan Alauddin ibni Sultan Mansur Shah, ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat dan kesejahteraan barang terlimpah atas Roh-mu wahai wali Allah yang terpilih"
Sultan Alauddin telah memerintah kerajaan Melaka selama kira-kira 11 tahun dan telah mangkat dalam keadaan yang menimbulkan syak bahawa kemangkatan baginda adalah disebabkan perbuatan khianat. Makam baginda ini terletak di Kg
Raja, Pagoh.









Dari Pagoh, kami mengambil jalan ke Labis melalui Bukit Kepong. Ingat kisah Tragedi Bukit Kepong? Yes, Bukit Kepong itulah yang kami lawati. Mula-mula kami cuba mencari tapak balai polis bukit Kepong yang terkenal tu, tapi xjumpa pulak. Maka kami pun berjalan2 sajalah disekitar pekan kecil bukit Kepong, dan terjumpa pondok polis kecil di tebing sungai Labis. Dan Pondon polis itu bertulis "Pondok Polis bukit Kepong". Itu sajalah yang kami dapat tengok..



Ok seterusnya kami ke Segamat melalaui pintasan Labis. Selepas bersiar2 di Segamat, kami pun mengambil jalan ke Tangkak melalui Jementah untuk melihat panorama di kaki gunung Ledang. Oleh kerana hari dah petang, kami membatalkan rancangan untuk singgah ke Air Terjun Sagil dikaki gunung. Selepas sampai di Tangkak, kami singgah minum petang di Parit Bunga dalam perjalanan ke Muar. Dengar cerita Mee Bandung disini sedap. Kami yang selalu makan Mee Bandung di Bandar Muar pun turut mencuba Mee Bandung Parit Bunga. Memang sedap, dan rasanya ada sikit kelainan dari Mee Bandung di bandar Muar. Cadang nak tambah lagi sepinggan, tapi Mujahid dah start meragam, kensel ajelah...





Dalam perjalanan pulang, kami masuk jalan tepi laut melalui Merlimau. Singgah sebentar melihat rumah Melayu Tradisional yang sedang dalam proses ubahsuai. Cukup cantik rekabentuk dan warnanya. Kami agak, tentu ada orang kaya yang membaiki rumah lama tersebut untuk dihuni ataupun dijadikan "istana hinggap".



Setelah mengambil pintasan ke Jalan Tedong, kami singgah ke makam Puteri yang terkenal dalam hikayat Hang Tuah, iaitu Tun Teja, Isteri kepada Sultan Mansur Shah 1488~1511. Kisahnya boleh didapati dalam gambar2 dibawah. Selesai bersedekah AlFatihah, kami pun terus pulang ke Alai...







Tamatlah satu hari penuh yang diisi dengan perjalanan yang tidak langsung membosankan. Beberapa tempat yang kami "terlepas" dan mungkin akan dikunjungi semula ialah seperti Tapak sejarah Kota Buruk di Pagoh, Bangunan2 lama dibandar Muar, Masjid diRaja Muar, Makam Panglima Lidah Hitam di Parit Sakai, Perigi Portugis Merlimau, Stesen keretapi Segamat, Air Terjun Sagil dan membeli belah kain potong di Tangkak.. Mungkin dalam perjalanan yang akan datang, kami akan singgah di tempat2 ini pula. Sapa yang teringi nak join, kontek2 lah ye.... Sekian.




Photo yang lebih jelas boleh didapati di http://www.flickr.com/photos/shazaphoto




Pertunangan Taufik dan Ila - Dari Trolak Timur membawa cinta

Pada hari ahad yang lepas iaitu 23/11/08 nersamaan 25 Zulkaedah 1429, telah selamat berlangsungnya majlis pertunangan sepasang kekasih iaitu Taufik & Ila berlandaskan adat-istiadat melayu. Majlis berkenaan telah berlansung di kediaman Ila bertempat di Kg Batu 14 lekir, Sitiawan. Gambar-gambar lengkap majlis berkenaan boleh di akses di
http://www.flickr.com/photos/32805646@N04/3061600578/in/set-72157610126095349/

By the way, kedua2 pasangan merpati dua sejoli ni memang sporting, tiada masalah untuk snap scene yg dirancang. Terima kasih atas kerjasama kedua pihak beserta keluarga masing-masing atas kerjasama yg tak ternilai. Apapun, kita nantikan majlis perkahwinan pasangan ini yang bakal menyusul sekitar bulan Jun tahun depan... Jumpa di sana!!!












Link : http://www.flickr.com/photos/32805646@N04/3061600578/in/set-72157610126095349/

Mujahid Admit ke Putra Specialist Hospital

Minggu ini mengikut perancangannya ada 2 majlis yg hendak di tuju. Satu majlis kahwin, satu lagi majlis bertunang. kedua2nya di Manjung, Perak. Kebetulan, yang bertunang dan yang kawin adalah keluarga terdekat. Namun, oleh kerana peristiwa yang menimpa, urusan fotografi berkenaan terpaksa dibatalkan. Nasib baikla ada sedara lain yg ada buat kerja-kerja fotografi, disaat2 terakhir, kami terpaksalah batalkan tempahan kali ini dan meminta jasa baik sedara lain sebagai pengganti...

Ceritanya bermula apabila Mujahid mengalami cirit-birit, muntah2 dan demam selama 4 hari. Selepas mendapatkan rawatan di klinik, sakit beliau masih tak surut. Terpaksalah kami merujuk kepada peditrician di Putra Specialist Hospital, Melaka.
Atas nasihat pakar, Mujahid telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Punyalah susah hati kami ni, pelanggan dah menunggu, hari tu pulak Jumaat, 2 hari sblm majlis. Setelah berbincang, kami pun mengambil keputusan untuk 'sub' projek berkenaan kepada photgrapher lain, yang kebetulan sedara jugak...
Mujahid dimasukkan ke wad kanak2 Hospital Pakar Putra pada malam tu jugak, duduk di wad 9, katil no.3
Dua hari beliau diarahkan untuk berpuasa. Maka xdapatlah beliau menyusu ataupun minum air masak. Hanya bergantung kepada air yg dimasukkan oleh doktor sahaja...
Adapun beliau duduk di wad selama 4 hari dengan 2 botol dextrose 4.3% dimasukkan kepada beliau. Masuk botol yg ketiga, doktor hentikan sebab tangan beliau dah membengkak..

Dari wad beliau di tingkat 9 hospital putra, pemandangan yg ada hanya lah Kampung Morten, satu2nya Kampung Melayu ditengah2 bandar Melaka. Adapun semua rumah dikampung Morten ini masih mengekalkan ciri2 rumah melayu melaka. Dan untuk pengetahuan, rumah2 disini semuanya mendapat pembiayaan dari kerajaan negeri untuk mengekalkan keasliannya...
Kampung Morten boleh di lawati oleh pelancong sekiranya mereka menaiki bot yang menyusuri Sungai Melaka. Cntik pemandangan dari situ, tapi kami tak dapatlah berkongsi gambar sebab takde pun gambarnya.... heheheh
Hari Isnin 17/11/08, selepas Mujahid sihat, maka beliau pun dilepaskan oleh doktor dan perlu menyusul untuk pemeriksaan selanjutnya pada 21/11/08. Sebelum balik, sempat lagi Hospital Putra 'merabakkan' poket bapak Mujahid untuk membayar bil-bil hospitalnya... Hampehhh....
Takpelah, yang pentingnya Mujahid dah sihat seperti sediakala
Gambar disini agak kurang jelas, untuk gambar2 yang lebih jelas, silalah ke
InsyaAllah minggu depan kami akan cuba memuatnaik gambar-gambar majlis pertunangan En Taufik dengan Roszaila di Batu 14 Lekir, Sitiawan yang akan berlansung pada 23/11/08 (Ahad)....
Sekian....




Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Hari ini kami berjalan2 disekitar Banda Hilir, Melaka. Lalu kami terkasima seketika melihat sesuatu. Lihat dibawah...



Huhhh... macamana nie? igtkan EOM ni kat Titiwangsa KL? Rupanya ada kat Melaka... Baru teringat, rupa2nya sempena Pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya warisan dunia oleh UNESCO, mende ni dipindahkan ke Melaka... pulak tu kontrak EOM ni kat Titiwangsa dah tamat.. Kebetulan pulak, malam semalam adalah majlis perasmian EOM tu oleh TYT Yang DiPertua Negeri....


Hmmm.... Takpe, kita pegi dekat sikit... Dari puncak Bukit St Paul kami berjalan turun kira2 700m... ternampaklah kami pada scene dibawah nie...


Papan tanda ni terletak di tepi Flyover sebelah pelabuhan Melaka, nak tahu apa maksudnya pada kami? Maksudnya, jauh lagi la kena berjalan untuk sampai ke sana.... Takpe, cuba jln sikit lagi kalau larat...


Setibanya kami di kawasan pelabuhan Melaka, barulah kami tau rupanya kami dah tua, tumpo yop nak menapak jauh lagi tu!!!! Dalam keadaan baby kami, Mujahid pun dah mula mengamuk, kami pun ambil keputusan membatalkan hasrat untuk melawat EOM Melaka tu....

Xpela, lain kali aje lah pegi... OK, kepada sesiapa yg nak melancong ke Melaka, EOM adalah tarikan baru Melaka yg mesti dikunjungi... Tapi kalau nak ke situ dengan kereta kena sabau la ekk.. Jem macam nak mamposs... Kaalau nak jln kaki tu, pastikan anda tidak membawa anak kecil yg masih berdukung, dari tempat parking (kat bangunan merah, sebab ssitu mmg tak jem) memang penat gilerrrr.... Apapun, kami dah nak balik...
Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah utk sembahyang asar (yg agak lewat, kira2 pukul 6.10ptg), dan sempat lagi kami shoot scene nie....

Sekian.. Kami nak balik masak untuk makan malam pulak.... Gambar2 yg lebih jelas boleh di dapati di http://www.flickr.com/photos/shazaphoto/sets/72157608764208637/

Sekian......

Flickr