Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Produk Kesihatan - Alpha Lipid & SDII (Slim Diet)

Baru-baru ini saya telah mengikuti ceramah mengenai produk kesihatan iaitu Alpha Lipid. Mungkin segelintir di antara anda pernah mendengar nama produk berkenaan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah manfaat produk berkenaan yang terdiri daripada kolostrum susu sepenuhnya (selanjutnya boleh rujuk di http://www.colostrum.com/) dan tiada kesan sampingan. Sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi/rendah, buah pinggang, strok dan bermacam lagi jenis penyakit, jangan lepaskan peluang untuk mengambil produk ini sebagai makanan tambahan. InsyaAllah, dengan izin dari-Nya,penyakit yang anda atau keluarga anda alami akan beransur pulih. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.alphalipid.net/ . Produk ini adalah keluaran NEW IMAGE SDN BHD.

ALPHA LIPID LIFELINE
Merupakan minuman sarapan pagi yang lengkap untuk kehidupan. Kolostrum dari susu pertama lembu yang diimport dari ladang New Zealand. Harga setin susu ini adalah RM180 (bukan ahli) manakala RM150 (ahli). Cara Penggunaan: Masukkan air sejuk dahulu, baru masukkan 1 skup Alpha Lipid & digoncangkan (shake). PESANAN: Diambil sebelum sarapan pagi (semasa perut kosong). PERINGATAN: Elakkan penggunaan air panas & suam.


"Kolostrum adalah SELAMAT. Ia telah disediakan oleh alam semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Adalah sukar untuk membayangkan makanan tambahan lain yang lebih semulajadi dan berfaedah." - International Institute Of Nutritional Research, USA

Selaku wakil pengedar, saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri mengenai produk ini. Selama 29 tahun saya hidup, saya tidak pernah menjangkakan akan mengidap penyakit ITP  iaitu Immune Thrombocytopenic Purpura (maklumat lanjut boleh layari http://en.wikipedia.org/wiki/Idiopathic_thrombocytopenic_purpura). Sebelum melahirkan anak pertama yakni pada 3 Jun 2008, doktor mendapati saya menpunyai masalah kandungan platelet darah yang amat kritikal. Bayangkan tahap platelet manusia normal sepatutnya 150 ke atas, sedangkan platelet saya tidak sampai 20 pun. Sebelum bersalin, saya disoal samada menghidap demam denggi atau tidak, sedangkan saya sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Oleh itu, saya disarankan mengambil ubat yang diberi nama Prednisolone (aka steroid), ditambah darah kuning dan dimasukkan IVIG sebelum dan selepas bersalin sebanyak 40 botol. Saya meneruskan pengambilan ubat-ubatan tersebut hampir 2 tahun. Antara kesan dari ubat berkenaan gastrik mula menjadi teman saya. Malah,berat badan saya semakin bertambah kerana selera makan saya meningkat akibat pengambilan prednisolone yang banyak. Saya juga turut menjalani Ujian BMA ( Bone Marrow Aspiration) bagi mengesahkan jenis penyakit saya ini. Sejurus mendengar tentang keberkesanan produk ini, saya tergerak hati untuk mencuba. Selama hampir 2 bulan saya mengambil Alpha Lipid, gastrik saya beransur hilang malah tekanan darah yang tidak menentu akibat pengambilan ubat juga semakin baik. Walaupun tahap platelet darah saya masih belum melepasi paras manusia normal iaitu 150 ke atas, dari semasa ke semasa kandungan platelet saya semakin meningkat. InsyaAllah, saya akan update perkembangan kesihatan saya yang terbaru dari masa ke masa.
Bagi saya, keuntungan sebenar dalam apa jua bidang perniagaan bukan berdasarkan pendapatan, tetapi semata-mata bergantung atas keredhaan Allah SWT. Saya yakin, rezeki itu didatangkan dari Allah, bukan dari mana-mana syarikat. Minumlah untuk sihat


SLIM DIET II
Ia adalah produk terbaru keluaran NEW IMAGE khas untuk anda yang ingin menguruskan badan. Produk ini merupakan makanan pendietan berformula. Ia dijamin SELAMAT, BERKESAN, MENGURANGKAN BERAT YANG MAKSIMUM, MENJIMATKAN & DIJAMIN MEMUASKAN HATI ANDA.

Menariknya mengenai produk ini adalah, anda perlu MAKAN bagi melancarkan proses pembakaran lemak. Anda boleh makan apa sahaja KECUALI pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi & roti juga buah-buahan manis. Seandainya anda mengambil produk ini, tidak makan & bersenam (kononnya berat akan turun lebih banyak), pembakaran lemak secara efektif & hasil yang diharapkan tidak akan berlaku. Hal ini kerana anda MESTI MAKAN.



Plan ini adalah amat mudah. Sekiranya ada di antara anda yang berminat ingin mencuba, jangan segan silu untuk menghubungi saya bagi mendapatkan maklumat lanjut. InsyaAllah, saya akan paparkan testimoni dari pengguna yang sedang mencubanya & membelinya dari saya dalam tempoh terdekat.

** JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN SEKIRANYA TIADA PERUBAHAN TETAPI ANDA PERLU MELAKUKAN 'URIN TEST' BAGI MEMASTIKAN ANDA MENGIKUTI PROGRAM INI SEPENUHNYA **

Potretkan Mimpi Yang Terindah - Nurul Huda Pre Wed Studio Session

We care about our customer, we care about our potential prospect, we care to improve ourself, our product and our quality, to give a value added services to our costumer. This is a new session introduced into our photography portfolio, with offering Pre-Wed studio session. With this, hope we can pour more flavour to our end results, and for sure by add'in the level of safisfaction to our costumer and prospect in memorizing their golden moment once in a lifetime.. Thanks for supporting ©Shaza Photography in this challenging business world...

Special Bride : Nurul Huda Abdul Halil
Date :  5th Feb 2010
Venue : Merlimau, Melaka
Studio : Studio Bolehubah ©ShazaPhotography
Photo : Shahrizal, Zalina
Editing : Shahrizal
Make-up & Costumes : Jastina Gift and Bridal, Mahkota Parade, Melaka


Nurul Pre-Wed



Nurul Pre-Wed



SHZ_7515 copy blog

Pre-Wed Nurul


SHZ_7416 copy blog copy

See ya in our next assignment!! Bye!!

Flickr