Shaza Creative Enterprise

"Potretkan Mimpi Yang Terindah..."
Your Partner in Photography, Wedding Planner, Web Design and IT Services

Pertunangan Taufik dan Ila - Dari Trolak Timur membawa cinta

Pada hari ahad yang lepas iaitu 23/11/08 nersamaan 25 Zulkaedah 1429, telah selamat berlangsungnya majlis pertunangan sepasang kekasih iaitu Taufik & Ila berlandaskan adat-istiadat melayu. Majlis berkenaan telah berlansung di kediaman Ila bertempat di Kg Batu 14 lekir, Sitiawan. Gambar-gambar lengkap majlis berkenaan boleh di akses di
http://www.flickr.com/photos/32805646@N04/3061600578/in/set-72157610126095349/

By the way, kedua2 pasangan merpati dua sejoli ni memang sporting, tiada masalah untuk snap scene yg dirancang. Terima kasih atas kerjasama kedua pihak beserta keluarga masing-masing atas kerjasama yg tak ternilai. Apapun, kita nantikan majlis perkahwinan pasangan ini yang bakal menyusul sekitar bulan Jun tahun depan... Jumpa di sana!!!












Link : http://www.flickr.com/photos/32805646@N04/3061600578/in/set-72157610126095349/

Mujahid Admit ke Putra Specialist Hospital

Minggu ini mengikut perancangannya ada 2 majlis yg hendak di tuju. Satu majlis kahwin, satu lagi majlis bertunang. kedua2nya di Manjung, Perak. Kebetulan, yang bertunang dan yang kawin adalah keluarga terdekat. Namun, oleh kerana peristiwa yang menimpa, urusan fotografi berkenaan terpaksa dibatalkan. Nasib baikla ada sedara lain yg ada buat kerja-kerja fotografi, disaat2 terakhir, kami terpaksalah batalkan tempahan kali ini dan meminta jasa baik sedara lain sebagai pengganti...

Ceritanya bermula apabila Mujahid mengalami cirit-birit, muntah2 dan demam selama 4 hari. Selepas mendapatkan rawatan di klinik, sakit beliau masih tak surut. Terpaksalah kami merujuk kepada peditrician di Putra Specialist Hospital, Melaka.
Atas nasihat pakar, Mujahid telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Punyalah susah hati kami ni, pelanggan dah menunggu, hari tu pulak Jumaat, 2 hari sblm majlis. Setelah berbincang, kami pun mengambil keputusan untuk 'sub' projek berkenaan kepada photgrapher lain, yang kebetulan sedara jugak...
Mujahid dimasukkan ke wad kanak2 Hospital Pakar Putra pada malam tu jugak, duduk di wad 9, katil no.3
Dua hari beliau diarahkan untuk berpuasa. Maka xdapatlah beliau menyusu ataupun minum air masak. Hanya bergantung kepada air yg dimasukkan oleh doktor sahaja...
Adapun beliau duduk di wad selama 4 hari dengan 2 botol dextrose 4.3% dimasukkan kepada beliau. Masuk botol yg ketiga, doktor hentikan sebab tangan beliau dah membengkak..

Dari wad beliau di tingkat 9 hospital putra, pemandangan yg ada hanya lah Kampung Morten, satu2nya Kampung Melayu ditengah2 bandar Melaka. Adapun semua rumah dikampung Morten ini masih mengekalkan ciri2 rumah melayu melaka. Dan untuk pengetahuan, rumah2 disini semuanya mendapat pembiayaan dari kerajaan negeri untuk mengekalkan keasliannya...
Kampung Morten boleh di lawati oleh pelancong sekiranya mereka menaiki bot yang menyusuri Sungai Melaka. Cntik pemandangan dari situ, tapi kami tak dapatlah berkongsi gambar sebab takde pun gambarnya.... heheheh
Hari Isnin 17/11/08, selepas Mujahid sihat, maka beliau pun dilepaskan oleh doktor dan perlu menyusul untuk pemeriksaan selanjutnya pada 21/11/08. Sebelum balik, sempat lagi Hospital Putra 'merabakkan' poket bapak Mujahid untuk membayar bil-bil hospitalnya... Hampehhh....
Takpelah, yang pentingnya Mujahid dah sihat seperti sediakala
Gambar disini agak kurang jelas, untuk gambar2 yang lebih jelas, silalah ke
InsyaAllah minggu depan kami akan cuba memuatnaik gambar-gambar majlis pertunangan En Taufik dengan Roszaila di Batu 14 Lekir, Sitiawan yang akan berlansung pada 23/11/08 (Ahad)....
Sekian....




Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Hari ini kami berjalan2 disekitar Banda Hilir, Melaka. Lalu kami terkasima seketika melihat sesuatu. Lihat dibawah...



Huhhh... macamana nie? igtkan EOM ni kat Titiwangsa KL? Rupanya ada kat Melaka... Baru teringat, rupa2nya sempena Pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya warisan dunia oleh UNESCO, mende ni dipindahkan ke Melaka... pulak tu kontrak EOM ni kat Titiwangsa dah tamat.. Kebetulan pulak, malam semalam adalah majlis perasmian EOM tu oleh TYT Yang DiPertua Negeri....


Hmmm.... Takpe, kita pegi dekat sikit... Dari puncak Bukit St Paul kami berjalan turun kira2 700m... ternampaklah kami pada scene dibawah nie...


Papan tanda ni terletak di tepi Flyover sebelah pelabuhan Melaka, nak tahu apa maksudnya pada kami? Maksudnya, jauh lagi la kena berjalan untuk sampai ke sana.... Takpe, cuba jln sikit lagi kalau larat...


Setibanya kami di kawasan pelabuhan Melaka, barulah kami tau rupanya kami dah tua, tumpo yop nak menapak jauh lagi tu!!!! Dalam keadaan baby kami, Mujahid pun dah mula mengamuk, kami pun ambil keputusan membatalkan hasrat untuk melawat EOM Melaka tu....

Xpela, lain kali aje lah pegi... OK, kepada sesiapa yg nak melancong ke Melaka, EOM adalah tarikan baru Melaka yg mesti dikunjungi... Tapi kalau nak ke situ dengan kereta kena sabau la ekk.. Jem macam nak mamposs... Kaalau nak jln kaki tu, pastikan anda tidak membawa anak kecil yg masih berdukung, dari tempat parking (kat bangunan merah, sebab ssitu mmg tak jem) memang penat gilerrrr.... Apapun, kami dah nak balik...
Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah utk sembahyang asar (yg agak lewat, kira2 pukul 6.10ptg), dan sempat lagi kami shoot scene nie....

Sekian.. Kami nak balik masak untuk makan malam pulak.... Gambar2 yg lebih jelas boleh di dapati di http://www.flickr.com/photos/shazaphoto/sets/72157608764208637/

Sekian......

Muhammad Al-Mujahid

Assalamualaikum
Gambar-gambar terbaru Muhammad Al-Mujahid dan kawan2nya telah dimuatnaik ke flickr. Terima kasih atas kerjasama Mujahid, Izahan dan Daniel yg sudi menjadi model paksarela...


Gambar-gambar lengkap mujahid boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/shazaphoto/sets/72157608733753840/

Salam perkenalan

Assalamualaikum, Selamat datang ke blog ini... Ini blog pertama semenjak terjun ke bidang photography.. Blom tahap professional lagi... Apapun, diharap gambar2 yg disajikan dapat memberi kepuasan terhadap pengunjung. Buat masa ini, saya masih belum dapat memuatnaik sampel gambar2 perkahwinan dan majlis-majlis keramaian atas sebab-sebab teknikal yg tak dapat dielakkan. Cuma dapat disajikan gambar2 lain yang diambil semasa menggunakan DSLR yg lama (Nikkon D-40) setahun lalu sebagai santapan pembuka selera...



Percubaan gambar outdoor yang pertama, dalam beberapa bulan yg lalu sebelum kembali bergiat aktif dalam fotografi... Pondok tempat menjamu selera di depan tempat tinggal yang lama...... Diambil menggunakan kamera lama Nikon DSLR D40 tanpa bantuan speedlites. Lense tambahan DX Nikkor 70-300mm



Tingkap di bahagian sisi serambi rumah lama.. Rumah melayu Melaka


Inilah rumah lama yg diduduki semasa mula2 di tinggal Melaka dulu, aman.... Sekarang dah jadi Rumah penginapan Homestay.. Nak cuba menginap dalam suasana kampung yg aman nie? hubungi saya, harga boleh dirunding (sempat promosi lagi tuh...)
Gambar terbaru dataran MBMB yg diambil menggunakan DSLR terbaru Nikon D-60 dengan bantuan speedlites Nikon SB-600 dan lense lama Nikkor 18-55mm. Ini adalah gambar pertama dengan D-60 (selepas upgrade dari D-40) beberapa bulan lepas....
Close up air pancut depan dataran MBMB.. My favourite close up...
Sekian.....

Flickr